29 January 2009

Teori Uses and Gratification (Kegunaan dan Kepuasan)

1. Pengenalan
Di dalam kita menyelami teori kegunaan dan kepuasan ini, ia ada hubungkait yang rapat dengan media terutama kini zaman teknologi telah mengubah segalanya. Jadi teori ini amat penting di dalam kita membuat sesuatu penelitian maupun kajian mengenai isu-isu semasa dan berkait rapat dengan audiens (pengguna). Pendekatan ini juga melibatkan suatu pergeseran fokus dari tujuan menyampaikan pesan kepada penerima pesan. Teori ini juga amat sesuai dengan teori kebebasan pers.

Salah satu teori di dalam komunikasi massa yang sangat popular adalah pendekatan teori Kegunaan dan Kepuasan. Di sini kita menyelidik idea asal kegunaan dan kepuasan dan juga dapat di lihat sesuatu yang menarik perhatian.

2. Idea Asal
Pendekatan teori Kegunaan dan kepuasan adalah lebih fokus kepada pengguna- para penonton- daripada pesan yang disampaikan. Tidak seperti kepada tradisi kesan kekuasaan, pendekatan ini membayangkan para penonton lebih kepada diskriminasi kegunaan media. Asas kedudukan diri telah dirumuskan seperti di bawah :
Telah diperbandingkan dengan pembelajaran kesan-kesan klasik, pendekatan kegunaan dan kepuasan ini adalah mengambil pengguna media daripada pesan media itu sendiri sebagai perkara asas dan meneroka sikap komunikasi itu dalam terma pengalaman terus menerus dengan sesuatu media. Dalam pandangan ini, para penonton di lihat sebagai menggunakan isi kandungan media secara aktif daripada tindakan yang pasif terhadap media. Oleh yang demikian, perkara ini tidak boleh dianggap perhubungan terus antara pesan dan kesan, tetapi sebaliknya menganggap sesuatu yang betul kepada para penonton mengambil pesan untuk kegunaan dan hanya tindakan kegunaan sebagai mengganggu boleh diubah di dalam proses kesan tersebut.

Para penonton boleh dianggap menjadi aktif dan goal-directed. Para penonton adalah berhak memilih media untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan bagaimana untuk mendapatkan media yang terbaik. Media boleh dianggap sebagai satu jalan untuk mendapatkan mereka berinteraksi antara mereka mahupun secara individu melalui media. Dalam erti kata, apa yang telah diberikan pilihan kepada penonton, setiap individu boleh memilih jalan mereka untuk mendapatkan kepuasan.(Littejohn, 2002)

Blumber dan Katz (1974) juga melihat bahawa penggunaan teori ini adalah untuk pengguna media yang memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Pengguna akan mengambil bahagian yang aktif di dalam proses komunikasi dan goal oriented di dalam media yang mereka gunakan. Teori ini juga dilihat pengguna media mencari sumber-sumber-sumber media yang terbaik dan memenuhi keperluan pengguna. Teori manfaat dan kepuasan beranggapan bahawa pengguna itu mempunyai alternatif untuk memilih apa yang mereka inginkan. (www.uky.edu)

Kegunaan dan Kepuasan ini lebih kepada konsep kajian daripada teori kepuasan diri. Bahkan penyumbang di dalam lapangan kajian ini melihat bahawa telah mencari permasalahan dengan skop kajian dan dipanggil dengan konsep payung yang mana menggunakan beberapa teori ketetapan (Infante et al. 1997)

Pendekatan kegunaan dan kepuasan akan menggunakan dalam konsep mengembangkan dan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Status sekarang teori ini masih bergantung di atas analisis pertama Katz, yang mana pengguna menggunakan media untuk pelbagai tujuan tetapi pendekatan ini sangat sesuai digunakan sebagai pergerakan teknologi secara keseluruhan kepada tahap informasi elektronik. Kemajuan di dalam media teknologi seharusnya mampu memberi pengawasan pengguna di dalam media dan sebab perspektif penggunaan kegunaan dan kepuasan bergantung kepada konsep penonton aktif. Terutamanya menggunakan untuk tujuan pembelajaran tentang teknologi terkini.(www.iml.jou.ufl.edu)

3. Andaian Metateoritikal
Ontological Assumptions:
Deterministic----------------X---free will
Epistemological Assumptions:
Truth------------------------------X----Multiple Truths
AxiologicalAssumptions:
value neutral-----------------X----value laden (www.uky.edu)

4. Tafsiran-tafsiran Individu dan Kritik
Teori kegunaan (manfaat) dan kepuasan telah mengambil pendekatan lebih perikemanusiaan untuk melihat penggunaan media. Blumber dan Katz percaya bahawa bukan hanya satu jalan untuk masyarakat umum menggunakan media. Sebaliknya, mereka percaya bahawa terdapat banyak alasan untuk menggunakan media yang mana pengguna adalah pengguna-pengguna media. Berikutan teori ini, pengguna media mempunyai kebebasan untuk memilih atau memutuskan bagaimana pengguna hendak menggunakan media dan sejauh mana kesan pada pengguna. Teori ini adalah bersikap positif dalam konteks melihat media.

5. Idea-Idea dan Penglibatan
Teori kegunaan (manfaat) dan kepuasan boleh dilihat dalam satu kes sebagai pilihan muzik personal. Kita memilih muzik tidak hanya untuk melengkapi perasaan seseorang sahaja tetapi juga untuk mencuba menunjukkan kekuasaan atau motif kesukaan masyarakatnya yang lain. Di situ terdapat banyak perbezaan jenis-jenis muzik dan kita pilih daripada mereka yang betul-betul memerlukan. (www.uky.edu)

6. Intisari Andaian dan Pernyataan
Intisari : Teori Kegunaan (Manfaat) dan Kepuasan mencuba untuk menjelaskan manfaat dan fungsi-fungsi media adalah untuk individu-individu, kumpulan-kumpulan dan masyarakat yang luas. Di sini ada tiga objektif dalam pengembangan teori kegunaan dan kepuasan :
1. Untuk menjelaskan bagaimana individu menggunakan media massa dalam memuaskan apa yang mereka mahu. “Apa yang mereka lakukan dengan media”.

2. untuk mencari motif individu menggunakan media

3. Untuk mengenalpasti positif dan negatif akibat individu yang menggunakan media (www.tcw.utwente.nl)

7. Model Secara Konsep
McQuail, Blumber dan Brown (1972), berdasarkan penelitian mereka di Inggris, mengusulkan kategori-kategori seperti berikut :
1. Pengalihan – Mengelak dari aktiviti harian dan masalah; melepaskan emosi
2. Hubungan personal – manfaat sosial informasi dalam percakapan; pengganti media untuk kepentingan
3. Identiti Peribadi atau psikologi individu – menguatkan nilai atau menambahkan keyakinan; pemahaman diri; eksplorasi realiti dan sebagainya.
4. Pengawasan – informasi mengenai hal-hal yang mungkin mempengaruhi seseorang atau akan membantu seseorang melakukan atau menyelesaikan sesuatu.

Katz, Gureritch dan Haas (1973) memandang bahawa media massa sebagai suatu alat yang digunakan oleh individu-individu untuk berhubungan (atau memutuskan hubungan) dengan yang lain. Para peneliti tersebut membuat data sebanyak 35 keperluan yang diambil “(Sebahagian besar spekulatif) dari literature tentang fungsi-fungsi sosial dan psikologis media massa” kemudian merumuskan ke dalam 5 kategori :
1. Keperluan kognitif – memperolehi informasi, pengetahuan dan pemahaman
2. Keperluan efektif – emosional, pengalaman menyenangkan atau estitis
3. Keperluan integratif personal – memperkuatkan kredibiliti, rasa percaya diri, stabil dan status.
4. Keperluan integratif sosial – mempererat hubungan dengan keluarga, teman dan sebagainya.
5. Keperluan pelepasan ketegangan – pelarian dan pengagihan. (m.s 166-167)

8. Saranan-Saranan
Hasil yang saya temukan di dalam huraian kertas kerja yang menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan. Antaranya adalah :
1. Teori ini boleh dikatakan idak bersifat teoritis kerana masih samar di dalam mendefinisikan konsep-konsep utama misalnya “keperluan” dan pada dasarnya ia lebih cenderung ke sebuah strategi pengumpulan data.
2. Tidak banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mencari asal-usul pencarian kepuasan (Palmgreen dan Rayburn, 1982). Acap kali keperluan yang ingin dipenuhi pengguna melalui manfaat media disimpulkan dari pertanyaan-pertanyaan mengenai mengapa mereka memanfaatkan media, pengaruh pada kecurigaan bahawa keperluan tersebut diciptakan oleh media atau merupakan sebuah rasionalisasi manfaat media.
3. Arah penelitian ini sejak zaman Freud menunjukkan adanya bersifat kompleks dan samar tentang motivasi manusia, juga ada sesuatu yang agak dederhana atau lemah mengenai penerapan laporan diri untuk menentukan motif. Sebuah kritik atas pelbagai kajian tentang kegunaan dan kepuasan pada tahun 1983 mengkritik adanya kerancuan antara definisi operasional dan model analitis. Mempertanyakan konsisten internal; menyebut bahawa kurang adanya justifikasi teoritis atas sesuatu model yang ditawarkan dan menyatakan bahawa “pembahasannya jauh dari keberhasilannya, yang mana tidak memberi sokongan kepada landasan teoritisnya”. (Stanford, 1983, m.s 247-250).
4. Pendekatan teori Kegunaan dan Kepuasan ini juga jelas fokusnya terlalu sempit iaitu lebih tertumpu kepada individu (Elliot, 1974), pendekatan ini juga bersandarkan pada konsep-konsep psikologis seperti keperluan dan mengabaikan struktur sosial mahupun tempat media yang berada di dalam struktur tersebut. Salah satu jawapan ke atas kritik ini datang dari Rubin dan Windahl (1986), yang telah mencadangkan suatu sintesis antara pendekatan kegunaan dan kepuasan dengan teori ketergantungan (Ball-Rokeach dan DeFleur, 1976). Model kegunaan dan ketergantungan mereka (Rubin dan Windahl) menempatkan individu di dalam sisitem-sistem kemasyarakatan, yang membantu membentuk keperluan-keperluan mereka.
5. Perspektif pendekatan kegunaan dan kepuasan juga dikritik oleh para penulis yang memiliki perhatian pada persoalan hegemoni media. Mereka mengatakan bahawa terlalu jauh kiranya jika dikatakan bahawa orang bebas memilih agenda media mahupun interpretasi-interpretasi sesuai kehendak mereka (White, 1994) Menurut para penulis itu, pesanan media massa lebih kepada memperkuatkan pandangan kebudayaan yang dominan dan penonton merasa susah untuk mengelak dari “bacaan yang lebih disukai ini”.
6. Dilihat dari sudut lain juga, bahawa banyak kegunaan komunikasi massa mungkin melibatkan langkah perhatian yang rendah dan pada kenyataannya mungkin sepatutnya diberi dengan jenama ritualistic atau kebiasaan.

9. Penutup
Pendekatan dan kegunaan dan kepuasan seharusnya mengarahkan perhatian kita kepada pada pengguna komunikasi massa. Brenda Dervin (1980) mencadangkan bahawa pengembangan pilihan informasi hendaklah dimulakan dengan kajian calon pengguna informasi dan pertanyaan yang berusaha untuk dijawab. Para penelitian media di berbagai bidang hendaklah lebih banyak melakukan penelitian terhadap para penonton mahupun terhadap kepuasan yang diinginkan oleh para penonton tersebut

TEORI PENYUBURAN (CULTIVATION)

Pengenalan
Teori penyuburan merupakan teori yang amat popular pada tahun 1970an dan 1980an di bidang komunikasi, terutamanya media televisyen. Teori ini diasaskan oleh George Gerbner, di mana beliau menjalankan penyelidikan tentang ilmu kaedah kajian analisis penyuburan melalui Cultural Indicator Project pada lewat 1960an. Ia mengatakan bahawa semakin banyak menonton televisyen, penonton tersebut akan mempercayai dunia televisyen sebagai sosial yang sebenar (social reality). Pada masa itu, beliau juga berkhidmat sebagai dekan dan penyelidik di University of Pennsylvania di bahagian Annenberg School of Communications sehingga tahun 1989. Beliau telah meninggal dunia pada awal tahun 2006.

Teori penyuburan mempunyai dua bahagian dalam reka-bentuk penyelidikannya, iaitu analisis sistem mesej atau dikenali sebagai analisis isi kandungan, dan analisis penyuburan (Gerbner 1980). Analisis sistem mesej ditumpukan dalam mengawasi program rangkaian sebagai sampel tahunan sepanjang prime-time dan waktu siang di hujung minggu. Manakala analisis penyuburan merupakan satu pendekatan yang berasaskan kepada andaian-andaian teoritikal dan kaedah penilaian tentang keberkesanan televisyen ke atas konsep persepsi penonton terhadap dunia yang benar (social reality) (Signorielli 1990). Dalam analisis ini, penanda (indicator) yang utama adalah jumlah masa penonton mendedahkan kepada televisyen memberi kesan terhadap cara memikir dan bertingkahlaku. Selain itu terdapat pelbagai Cultural Indicator yang digunakan sebagai punca penyelidikan, contohnya kajian siri Violence Profile, sex roles dan minorities, children, occupational conceptions, educational achievements and aspirations, family images and impact, sexual depictions and lessons, dan death and dying (Gerbner 1980).
Secara umunnya terdapat dua andaian yang penting dalam teori penyuburan (Gerbner et al. 1979, Perse 1986). Pertamanya, teori penyuburan adalah hasil daripada sikap tidak memilih (unselective) dan pandangan yang pasif (passive viewing) di kalangan penonton. Dan andaian kedua mengatakan bahawa kandungan yang ditampilkan dalam televisyen adalah benar. Begitu juga pembolehubah-pembolehubah yang dipilih dalam kajian-kajian mereka adalah bertumpukan kepada demografik sebagai pengasas yang dikajikan. Andaian-andaian dan pembolehubah-pembolehubah ini menjadi panduan kepada Gerbner dan rakannya dalam proses menghasilkan teori penyuburan. Kaedah-kaedah dan andaian-andaian tersebut adalah berunsur jeneral dan menekankan keberkesanan daripada kumulatif pendedahan kepada media (Signorielli 1990). Dengan demikian, teori penyuburan menyatakan bahawa imej-imej dalam televisyen telah menyuburkan dan menterjemahkan kepercayaan budaya, ideologi-ideologi dan pandangan di kalangan masyarakat. Di sini, televisyen memainkan peranan sebagai agen penggaulan (socializing agent), dan ia mempengaruhi dan mendidiki para penonton supaya mempercayai bahawa dunia yang ditayangkan adalah benar.

Perkembangan Teori
Gerbner dan rakannya telah memulakan analisis sistem mesej pada tahun 1967-69. Analisis ini mengawasi program-program di televisyen yang mengandungi unsur keganasan pada prime-time dan juga pada waktu siang di hujung minggu. Hasil daripada analisis tersebut telah digunakan sebagai kaedah untuk menjalankan ujian ke atas pelbagai pembolehubah seperti umur, jantina, taraf pendidikan dan sebagainya. Teori penyuburan telah dinotakan pada tahun 1973, dan ia juga dikenali sebagai hipotesis penyuburan atau analisis penyuburan secara umunnya. Sebelum tahun 1980, teori ini digunakan untuk menyelidik siri Cultural Indicator (yang nyatakan di atas) untuk membuktikan bahawa impak ke atas pendedahan televisyen yang tinggi di kalangan penonton akan mempercayai kepada dunia televisyen adalah sosial yang benar (Gerbner 1980).

Pada tahun 1980, dalam artikel bertajuk The “Mainstreaming” of America: Violence Profile No. 11 yang merupakan satu tindakan meninjau semula kajian-kajian yang dibuat sebelumnya. Gerbner dan rakannya telah berjaya mendapat hasil (keputusan) yang baru untuk mengukuhkan lagi penyataan-penyataan yang dibuat sebelum itu (Gerbner 1980). Perjumpaan kesan-kesan “mainstreaming” dan “resonance” telah memberi hujah-hujah balasan kepada para kritikal tentang teori tersebut, bahawa bukan saja penyuburan televisyen berlaku secara kekonsistenan ke atas konsep dan tingkahlaku di kalangan penonton, malah ia menyatupadukan mereka yang berasal daripada pelbagai corak hidup (Gerbner 1980).

Kekuatan Teori
Kekuatan teori penyuburan yang paling ketara ialah kesan “Mean World” yang dihasilkan daripada kajian-kajian ke atas televisyen, para penonton dan program keganasan. Di mana ia berlaku apabila heavy viewers menganggap dunia merupakan benua yang lebih bahaya atau tidak selamat (nastier place) jika dibandingkan dengan light viewers (Gerbner 1980). Kenyataan ini berasas daripada andaian bahawa kandungan yang ditampilkan dalam televisyen adalah benar (Gerbner et al. 1979, Perse 1986). Di samping itu, terdapat dua kesan iaitu, “mainstreaming” dan “resonance”. Kesan “mainstreaming” menyatakan bahawa perkongsian norma berlaku di kalangan heavy viewers yang berlingkungan demografik yang sama di mana light viewers akan melihat pandangan yang pelbagai. (divergent views). Akan tetapi dalam kajian Gerbner dan rakannya didapati bahawa satu kes di mana light viewers mempunyai pandangan yang mendekati kepada convergent outlook dengan heavy viewers (Gerbner 1980). Contohnya, dalam hasil penijauan semula 1980 didapati bahawa heavy viewers dan light viewers pada peringkat pendapatan yang rendah mempunyai pandangan atau fikiran yang agak sama.

Kesan “resonance” merupakan kesan yang berkaitan dengan pengalaman penonton yang mempunyai kesamaan dengan dunia televisyen dan didapati ia memberi impak berganda (“double dose”) dalam perkembangan teori penyuburan (Gerbner 1980). Gerbner dan rakannya (1980) telah menganalisis kesan “resonance” dengan data-data yang berasal daripada Nation Opinion Research Center (NORC) yang menyatakan bahawa jantina dan kawasan kediaman merupakan pembolehubah yang penting & ketara (significant) terhadap kesan “resonance”. Mereka menjelaskan bahawa watak wanita yang biasa ditampilkan sebagai mangsa dalam rancangan keganasan mengakibatkan para penonton wanita yang heavy vewing bukan saja akan meransangkan kesan “mainstreaming” malah merasa ketakutan memandangkan mereka adalah golongan yang terlibat. Begitu juga heavy viewers di kawasan bandar akan berasa lebih bahaya atau tidak selamat terhadap persekitarannya jika dibandingkan dengan heavy viewers di luar bandar.

Kelemahan Teori
Apabila Gerbner dan rakannya menyiarkan satu siri kajian tentang teori penyuburan di dalam jurnal-jurnal bidang komonikasi seperti Journal of Communication, Journal Broadcasting dan sebagainya, ini telah mengakibatkan segolongan ahli teori di bidang ini berasa tidak puas hati tentang penjelasan teori tersebut. Mereka seperti Hugh, NewComb, Hirsch, dan McQuail telah mengemukakan beberapa punca kelemahan teori tersebut. Kelemahan yang ketara ialah dari segi penjelasan Gerbner dan rakanynya adalah terlalu umun (over-simplification) tentang punca sebenar yang mengakibatkan impak “Scary World”. Hirsch (1980) dan Hugh (1980) mengkritikan bahawa pembolehubah-pembolehubah yang digunakan dalam analisis merupakan jenis control variables dan ia mengakibatkan hasilnya akan memihak kepada keinginan penyelidik dan kesilapan ini dikenali sebagai “spurious relationship”.

Di samping itu, Hugh juga mempersoalkan tentang pembolehubah-pembolehubah yang digunakan di mana ia mengakibatkan faktor pencelah (third variable). Contohnya, bangsa berkulit hitam adalah berkaitan dengan isu pengasingan (alienation) yang mengakibatkan mereka menonton lebih banyak televisyen dan begitu juga dengan persoalan tentang takut jalan sendiri pada waktu malam di sekitar kawasan. Hugh (1980) juga membangkitkan bahawa kaedah yang mengkategorikan tahap tontonan televisyen (television viewing level) adalah tidak sejajar seperti yang dikemukakan oleh NORC dan Michigan yang telah digunakan dalam Gerbner et al.’s Reporting on Children Under 18 Years of Age. Dengan sedemikian, beliau telah mempersoalkan kepercayaan terhadap kenyataan yang dikemukaan dalam laporan tersebut.

NewComb (1978) membangkitkan kritikan dari segi perspektif kemanusiaan terutamanya tentang andaian-andaian yang dinyatakan dalam kajian Violence Profile. Beliau membangkitkan bahawa mengandai semua penonton menerima maklumat yang sama dan pasif merupakan satu andaian yang tidak pernah dibuktikan. Dengan itu, andaian tersebut tidak boleh menjaminkan kenyataan yang dibuat adalah kukuh (NewComb 1978). Kritikan dari Hugh ,Hirsch dan NewComb mandapat sokongan daripada McQuail (1990) di mana beliau menyatakan bahawa teori penyuburan merupakan satu kemuskilan untuk berbincang secara yakin kerana mempunyai hubungan yang kompleks dalam proses menyuburkan para penonton yang didapati banyak faktor lain yang berkemungkinan besar menyebabkan penukaran pandangan dan tingkahlaku penonton.

Kaedah penyelidikan juga dipersoalkan terutamanya daripada tinjauan yang dijalankan adalah secara umun dan tanpa dibuktikan dengan kerja-kerja eksperimen (Hirsch 1980). Soalan-soalan seperti: Adakah teori penyuburan hanya memenuhi heavy viewers di Amerika sahaja?, Atau disebabkan oleh latarbelakang di antara negara yang berbeza? Merupakan soalan-soalan yang dinyatakan dalam kajian-kajian Wober dan Doob McDonarld di British dan Kanada. Di mana keputusan kajian mereka telah menolak kesan penyuburan di kedua-dua negara tersebut (Hirsch 1980, McQuail 1990).

Penggunaan Teori
Penggunaan teori penyuburan sungguh luas, di mana terdapat banyak kajian telah dijalankan selain daripada Gerbner dan rakannya di Universiti Pennsylvania sejak lewat 1970an. Menurut Morgan dan Signotielli (1990) bahawa terdapat ramai penyelidik menjalankan kajian teori penyuburan dengan pelbagai pembolehubah dan proses, seperti meninjau aspek-aspek teknologi dan psikologi. Di antaranya seperti Hawkins dan Pingree (1990) telah mengaitkan penyuburan analisis dengan proses psikologikal (1980, 1983 dan 1987) seperti melalui proses “learning” dan memori, didapati ia mampu menjelaskan kenyataan tentang heavy viewers yang menafsirkan imej-imej televisyen sebagai dunia yang benar. Begitu juga dalam kajian Perse Elizabeth (1986, 1990), di mana beliau mendapati bidang psikologi amat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesan teori penyuburan (1986 dan 1987). Beliau telah menerokai tentang penglibatan para penonton televisyen di kalangan pelajar universiti dan didapati hasilnya positif. Dengan demikian, beliau telah menyatakan bahawa penglibatan mempengaruhi persepsi dan motivasi seseorang individual dalam memiliki rancangan yang ingin ditonton.

Penggunaan analisis penyuburan hanya dikatakan berkesan ke atas erti sebenar (perceived reality) oleh Potter (1986) setelah mengkaji dengan teliti melalui dimensi-dimensi dan kontigen-kontigen yang dikandungi dalam erti sebenar seperti “Magic Window”, Pengajaran (Instruction) dan Identiti. Pada awal kajian dijalankan (1983), Potter telah menolak kesan penyuburan teori apabila beliau memulakan demografik yang terkawal, dan ini adalah akibat daripada jumlah masa menonton televisyen tidak memberi kesan kepada pengertian dunia yang sebenar dalam ujian penganggaran mangsa (victimization estimates). Selain meninjau kepada pembolehubah, Diefenbach dan West (2001) telah menggunakan penyuburan teori ke atas kajian pembandingan antara kadar jenayah yang ditayangkan dalam televisyen yang mengandungi unsur keganasan dengan kadar jenayah negara yang sebenarnya. Hasilnya menunjukkan positif ke atas hipothesis penyuburan yang dikonstruk oleh Gerbner dan rakanya, di mana heavy viewers menganggarkan kadar jenayah adalah lebih tinggi dibandingkan dengan light viewers.



Kesimpulan
Secara keseluruhannya, teori penyuburan telah banyak mempengaruhi dalam bidang penyelidikan komunikasi terutamanya mengenali hubungan media terhadap masyarakat. Tidak dapat dielakkan bahawa kewibawaan teori ini dari segi impak televisyen yang ditelitikan oleh Gerbner dan rakannya amat penting dalam perkembangan sejarah komunikasi. Kesan-kesan penyuburan seperti “Mean World”, “mainstreaming” dan “resonance” telah dihujah melalui siri kajian yang dijalankan, akan tetapi terdapat kelembahan-kelemahan teori ini seperti dijeneralkan, kaedah yang tidak mantap dan penggunaannya tidak bersifat sejagat memang menjadi rintangan yang amat mencabarkan kepada golongan penyelidik yang ingin melakukan kajian-kajian berdasarkan teori ini.

Sungguhpun begitu, rintangan tersebut tidak menjadikan halangan malah telah memandukan para saujana mengembangankan teori ke arah yang lebih luas dan membentuk pelbagai corak. Ini dapat ditelitikan dari awalnya yang hanya tumpu kepada jumlah masa menonton televisyen, dan seterusnya mengarah ke tingkahlaku penonton dan kemudian kepada aspek psikologi termasuklah motivasi dan kelibatan penonton. Selain ini kaedah penyelidikan juga berkembang daripada penggunaan pembolehubah berdasarkan demografik kepada dimensi-dimensi yang dikandungi dalam erti sebenar (perceived reality).

Teori Kritikal Budaya

TEORI KRITIKAL BUDAYA

1. Pengenalan
Di kalangan ahli-ahli sains sosial, perdebatan utama yang sering berlaku ialah menyentuh mengenai falsafah kaedah sains sosial. Perbagai sudut dipertengahkan bagi mencari jalan mewujudkan satu kaedah sains sosial yang benar-benar dapat menghasilkan pengetahuan sebenar. Atas kejayaan kaedah sains semulajadi, ahli-ahli sains sosial cuba mengamalkan konsep kaedah tersebut ke dalam penyelidikan sosial. Kesannya sungguh hebat, ahli-ahli sains sosial mendapati aplikasi konsep kaedah sains semulajadi mampu menyingkap fenomena manusia. Seterusnya, bidang sains sosial berkembang dengan pesat sehingga menjadi sebagai unsur penjelasan segala fenomena manusia.

Manusia di dalam masyarakat sekarang telah mengalami kemajuan yang begitu pesat. Modernisasi manusia tidak dapat dielakkan. Manusia dalam titik kemajuan modernisasi telah dihantar pada sebuah situasi yang begitu krusial. Modernisasi telah membawa manusia pada kemajuan teknologi yang begitu pesat. Teknologi moden sudah menjadi alat perpanjangan tangan manusia. Manusia semakin mudah oleh sarana-sarana teknologi yang sedia ada.

Giddens pernah menyatakan bahawa situasi sebegini lebih dikenali sebagai ontological security. Modernisasi, komunikasi dan teknologi moden telah melahirkan kisah kebebasan beragama, kemajuan pengangkutan, perkembangan teknologi informasi, komuniti melting pot, dan banyak lagi. Teknologi, komunikasi dan modernisasi telah mencanangkan janji dan ideologi kehidupan manusia yang lebih baik dan membuat manusia semakin bijak, lebih bahagia dan sebagainya.

Perkataan kritikal mempunyai makna yang agak konotatif. Kita akan membayangkan orang yang bersifat kritikal itu adalah orang yang selalu menentang atau mencabar suatu tindakan atau keputusan yang dianggap sebagai tidak adil. Pendekatan ini muncul sebagai respons kepada isu-isu kuasa yang terkandung dalam sistem kapitalis.

Penyalahgunaan kuasa oleh pemilik perniagaan seperti bayaran gaji atau upah yang rendah, keadaan tempat kerja yang tidak memuaskan, buruh kanak-kanak, kebajikan pekerja yang diabaikan, diskriminasi terhadap pekerja asing dan wanita dan berbagai-bagai lagi telah berleluasa di Eropah semasa zaman Victorian (Mead, 1991). Situasi eksploitasi kapitalisme yang semakin teruk ini telah menyebabkan kemunculan teori kritikal. (Ishak Abd Hamid, 2000)

Sejarah ilmu pengetahuan pada umumnya, dan falsafah pada khususnya telah membuat catatan bahawa teori kritikal yang berpaksikan para intelektual Sekolah Frankfurt Jerman telah memberikan sumbangan yang cukup memadai dalam meninjau dan memahami konsep modernisasi manusia.

Setelah melalui perkembangan yang memberangsangkan dengan pengikut-pengikutnya tersendiri, kini sudah wujud tiga teori penyelidikan sains sosial yang asas, iaitu teori positivisme, interpretivisme dan kritikal (Bredo dan Feinberg, 1982). Ketiga-tiga teori ini bergerak atas premis yang berbeza-beza. Apa yang menarik, ketiga-tiga teori ini mempunyai pengikut-pengikut kuatnya dalam ilmu sains sosial. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri.

Meskipun terdapat beberapa jenis ilmu sosial kritikal, semuanya memiliki tiga kesimpulan dasar yang sama. Pertama, semuanya menggunakan prinsip-prinsip dasar ilmu sosial interpretif, iaitu para ilmuwan kritikal menganggap perlu untuk memahami pengalaman orang dalam konteks. Secara khususnya pendekatan kritikal bertujuan untuk menginterprestasikan dan kerananya memahami bagaimana pelbagai kelompok sosial dikekang dan ditindas. Kedua, pendekatan ini mengkaji keadaan sosial dalam usahanya untuk mengungkap struktur-struktur yang tersembunyi. Kebanyakan teori kritikal mengajar bahawa pengetahuan adalah kekuatan untuk memahami bagaimana seseorang ditindas sehingga orang dapat mengambil tindakan untuk merubah kekuatan penindas. Ketiga, pendekatan kritikal secara sedar berupaya untuk menggabungkan antara teori dan tindakan. Teori tersebut jelas normatif dan bertindak untuk mencapai perubahan dalam berbagai keadaan yang mempengaruhi kita.(S. Djuarsa Senjaja, PHD 2005)

Dengan hadirnya Max Horkheimer, Theodor. W. Adorno, Herbert Marcuse, Jurgen Habermas dan kawan-kawannya telah memberikan nafas baru dengan kebijakan yang kritikal atas seluruh fenomena modernisasi yang menjanjikan tapi jika tidak berhati-hati akan menyebabkan terjerumus.
Falsafah dan ilmu sosial abad XX diwarnai oleh empat pemikiran besar iaitu fenomenologi-eksistensialisme, Neo-Thomisme, Falsafah Analitis dan aliran Neo Marxis (yang sering membuat akuan dirinya sebagai pewaris tradisi Marxisme yang disesuaikan dengan keadaan zaman). Teori kritikal, secara klasifikatif, dapat digolongkan pada kumpulan yang terakhir. Meski pun dalam perdebatan filosofis, ada yang menganggap bahawa teori kritikal adalah teori yang bukan marxis lagi.

Menurut Katherine Miller (2005), di dalam tradisi teori kritikal merasakan suatu tanggungjawab tetapi tidak mudah menggambarkan di dalam dunia masyarakat (meskipun mereka mahu melihat gambaran itu merupakan satu langkah pertama yang penting di dalam proses teoritikal) tetapi untuk bekerja sebagai agen yang aktif di dalam perubahan yang radikal di dalam masyarakat.

2. Kaedah Penyelidikan Teori Kritikal
Kaedah penyelidikan teori kritikal adalah kaedah terbaru mendapat perhatian dalam sains sosial – satu tatacara sistematis bagaimana sesuatu pengetahuan itu dikumpul dan benar-benar merupakan satu pengetahuan saintifik. Ia merupakan satu bentuk kaedah memperolehi dan mendefinisikan pengetahuan. Di dunia ilmu sains sosial, kaedah yang baru mendapat perhatian ini menimbulkan pendebatan baru dan ilmu sains sosial sebagai ilmu mempunyai matlamat akhir mencapai kesejahteraan dan “enlightenment” manusia sejagat.

Berbagai-bagai isu baru timbul, antaranya menuntut supaya menilai semula arah haluan dan pemikiran falsafah sains sosial masa kini. Ahli-ahli sains sosial di minta lebih peka dan terlibat secara langsung dalam proses perkembangan masyarakat semasa. Ini kerana ada pandangan yang menyatakan kaedah sains sosial hari ini menghasilkan ilmu pengetahuan yang lebih berselindung kepada mempertahankan status quo semata-mata. Sebagai alternatif, kaedah penyelidikan kritikal dipercayai dapat menyediakan pengetahuan empirical, interpreatif dan kritikal.(Mat Pauzi Abd Rahman 1987)

2. Sejarah Teori Kritikal
Teori Marxist
Teori ini dikemukakan oleh Karl Marx (1818-1883). Idea dasar daripada teori ini adalah penentangan terhadap adanya sistem hirarki kelas, kerana ianya adalah penyebab yang paling utama didalam sosial problem dan ianya mesti diakhiri oleh revolusi proletariat (buruh). Dengan lain perkataan, boleh dijelaskan bahawa Marx mencuba mencari kesamarataan, iaitu kesamarataan antara kaum borjuis (golongan ekonomi kelas atas) dengan kaum buruh / pekerja (golongan ekonomi kelas rendah). Marx menganggap selama ini golongan pekerja atau kaum buruh telah ditindas oleh kaum elit, sehingga perlu diadakan sebuah evolusi secara drastis.

Walaupun teori kritikal telah berkembang setelah kemunculan Marx, kebanyakan daripada asasnya adalah tetap berdasarkan Marxist. Malahan, salah satu dari intelektual yang terpenting dalam kurun ke 20 adalah teori sosial yang berasaskan Marxist. Idea ini berasal dari Karl Marx dan Friedrich Engels, pergerakan ini mengandungi beberapa teori yang saling berhubungan untuk mengatasi arahan masyarakat yang dominan. Secara amnya, kesemua cabang sains sosial termasuk komunikasi telah dipengaruhi oleh aliran pemikiran ini. Marx berpendapat bahawa makna sesuatu produk dalam masyarakat menunjukkan sifat semulajadi masyarakat tersebut. Ini merupakan asas idea Marxism, asas megastruktur perhubungan. Ekonomi merupakan asas bagi semua struktur sosial. Dalam sistem kapitalis, keuntungan dapat memacu pengeluaran dan akhirnya mendominasikan para pekerja. (Stephen W. Littlejohn 2002)

Pendekatan kritikal dalam komunikasi keorganisasian juga berakar umbi daripada falsafah Marxist yang mengkaji hubungan antara pemilik perniagaan dan pekerja-pekerjanya dalam masyarakat kapitalis. Marx mendapati ketidakseimbangan yang wujud didalam hubungan tersebut akan menyebabkan pekerja-pekerja bangkit untuk menentang sistem kapitalis. Marx percaya kritikan akan mencetus revolusi kerana ia akan mendedahkan kebenaran mengenai keadaan sosial manusia.

Pengaruh Marx adalah lebih meluas dalam bidang politik. Pendapatnya telah disokong oleh ramai ahli akademik seperti Max orkheimer, Theodor Adorno, Herbert Marcuse dan Jurgen Habermas yang telah mengkaji sifat masyarakat kapitalis. Pengkaji-pengkaji teori kritikal telah bersetuju dengan isu-isu berikut :
• Struktur dan proses tertentu dalam masyarakat akan menjurus kepada kuasa yang tidak seimbang
• Kuasa yang tidak seimbang akan menyebabkan tekanan dan pengasingan kumpulan dan kelas tertentu dalam masyarakat.
• Peranan pengkaji-pengkaji teori kritikal ialah meneroka dan mendedakan ketidakseimbangan ini dan membawanya kepada pengetahuan kumpulan-kumpulan yang teraniaya. Ini akan membolehkan emansipasi atau pembebasan atau pembelaan kumpulan yang teraniaya itu melalui tindakan politik atau melalui kesedaran individu-individu itu sendiri. (Ishak Abd Hamid 2000)

Neomarxist
Menurut Baran & Davis (2000) Neo-Marxism adalah sebuah aliran yang berkembang di abad ke 20 yang mengingatkan kepada awal tulisan Marx sebelum dipengaruhi oleh Engels. Aliran ini memusat pada idealisme dialektika dibanding fahaman materialisme dialektika yang menolak determinisme ekonomi awal Marx. Fahaman Neomarxist tidak mengamalkan perubahan secara evolusi. Menurut teori ini, transformasi boleh berlaku secara perlahan.

Fahaman neomarxist memusatkan pada suatu revolusi psikologis bukan fizik, yang bermakna bahawa perubahan idea yang datang dari jiwa seseorang lebih penting daripada perubahan secara fizik.

Neo Marxisme adalah aliran pemikiran Marx yang menolak penyempitan dan reduksi ajaran Karl Marx oleh Engels. Ajaran Marx yang dicuba diinterpretasikan oleh Engels ini adalah bentuk interpretasi yang kemudiannya dikenali sebagai “Marxisme” rasmi. Marxisme Engels ini adalah versi interpretasi yang digunakan oleh Lenin. Interpretasi Lenin nanti pada akhirnya berkembang menjadi Marxisme-Leninisme (atau yang lebih dikenal dengan Komunisme). Beberapa tokoh neomarxisme pada akhirnya menolak marxisme-leninisme. Mereka menolak interpretasi Engels dan Lenin kerana interpretasi tersebut adalah interpretasi ajaran Marx yang menghilangkan dimensi dialektika ala Karl Marx yang dipercaya sebagai salah satu bagian inti dari pemikiran Karl Marx. Tokoh neomarxisme adalah Georg Lukacs dan Karl Korsch, Ernst Bloch, Leszek Kolakowski dan Adam Schaff.

Frankfurt Institut, Jerman
Salah satu aliran pemikiran haluan kiri baru yang cukup ternama adalah pemikiran Sekolah Frankfurt. Institut penelitian sosial di Frankfurt (Institut für Sozialforschung) didirikan pada tahun 1923 oleh seorang kapitalis yang bernama Herman Weil, seorang peniaga gandum, yang pada akhir hayatnya “mencuba untuk mencuci dosa” mahu melakukan sesuatu untuk mengurangkan penderitaan di dunia (termasuk dalam skala mikro: penderitaan sosial dari kerakusan kapitalisme).

Teori kritikal adalah cabang pemikiran marxis dan sekaligus cabang marxisme yang paling jauh meninggalkan Karl Marx (Frankfurter Schule). Cara dan ciri pemikiran aliran Frankfurt disebut ciri teori kritik masyarakat “eine Kritische Theorie der Gesselschaft”. Teori ini mencuba untuk memperbaharui dan merekonstruksi teori yang membebaskan manusia dari manipulasi teknokrasi moden. Ciri khas dari teori kritikal masyarakat adalah teori tersebut bertitik tolak dari inspirasi pemikiran sosial Karl Marx, tetapi juga sekaligus melampaui bangunan ideologis marxisme bahkan meninggalkan beberapa tema pokok Marx dan menghadapi masalah masyarakat industri maju secara baru dan kreatif.

Beberapa tokoh teori kritikal generasi pertama adalah Max Horkheimer, Theodor Wiesengrund Adorno (pakar musik, sasterawan, psikolog dan filosof), Friedrich Pollock (pakar ekonomi), Erich Fromm (pakar psikoanalisa Freud), Karl Wittfogel (sinolog), Leo Lowenthal (pakar sosiologi), Walter Benjamin (pakar kritik sastera), Herbert Marcuse (murid Heidegger yang mencuba menggabungkan fenomenologi dan marxisme, yang juga selanjutnya Marcuse menjadi “nabi” gerakan New Left di Amerika).

Teori kritikal menjadi hebahan di kalangan falsafah sosial dan sosiologi pada tahun 1961. Konfrontasi intelektual yang cukup terkenal adalah perdebatan epistemologi sosial antara Adorno (kubu Sekolah Frankfurt - paradigma kritikal) dengan Karl Popper (kubu Sekolah Wina - paradigma neo positivisme/neo kantian). Konfrontasi berlanjut antara Hans Albert (kubu Popper) dengan Jürgen Habermas (kubu Adorno). Perdebatan ini memacu debat positivisme dalam sosiologi Jerman. Habermas adalah tokoh yang berhasil mengintegrasikan metode analitis ke dalam pemikiran dialektis teori kritikal.

Tokoh-tokoh yang terkenal dalam pengembangan teori kritikal budaya masa sekolah Frankfurt ini antara lain : Max Horkheimer, Theodor Adorno, Walter Benjamin dan Herbert Marcuse.

Teori ini mengkritik masyarakat kapitalis, dan rasa tidak puas hati mereka dengan kapitalisme, yang prihatin dengan isu-isu seperti kos kepada kehidupan psikis manusia kesan daripada materal, sifat ancaman seperti gengsterisme politik dalam 1930an, dan paling penting kemerosotan budaya moden.

Teori ini melibatkan idea bahawa kapitalisme memusnahkan pemikiran kritis yang berupaya mencabar keseluruhan sistem dan mengakibatkan pemutarbelitan taakulan manusia.

3. Teori Kritikal Budaya
Menurut Lincoln & Denzin, 1994 teori kritikal budaya boleh dilihat dari tiga aspek seperti yang dinyatakan di bawah iaitu :
a. Ontologi – Historical Realism
Pada masa dahulu, sesuatu kenyataan itu di anggap adalah palsu tetapi setelah melepasi masa ia dibentuk oleh koleksi yang tersusun iaitu sosial, politik, budaya, ekonomi, etnik dan faktor jantina.
Kemudian ianya diperjelaskan dalam siri struktur-struktur yang kini di anggap sebagai satu ‘kenyataan’ dimana ianya natural dan tetap.

b. Epistimologi – Transactional and Subjectivist
Penyelidik dan objek yang diselidik di anggap saling berhubungkait dengan nilai-nilai penyelidikan yang dipengaruhi oleh penyelidikan yang tidak dapat dielakkan.

c. Metodologi – Dialogic and Dialectical
Perubahan semula jadi penyelidikan memerlukan dialog di antara penyelidik dan subjek yang diselidik. Dialog itu mestilah ada kebenaran semulajadinya untuk mengubah kejahilan dan salah pengertian kepada lebih kesedaran.

4. Operasi Kaedah Penyelidikan Kritikal
Dari segi perlaksanaan kaedah kritikal, terdapat tujuh langkah yang perlu dilalui (Comstock, D.E).Langkah – langkahnya adalah seperti berikut:

Langkah Pertama:
Mengenalpasti kumpulan-kumpulan atau kelompok masyarakat yang ingin memperbaiki diri, atau yang sedang menghadapi masalah atau kepincangan.
Penyelidikan krtikal bukan mengenai proses sosial bagi semua kumpulan tetapi untuk sesuatu kumpulan masyarakat – kumpulan yang berupaya bergerak ke arah kemajuan. Dengan itu, maksudnya ialah mengenalpasti organisasi, kesatuan, pergerakan atau parti yang bukan hanya mampu, tetapi juga bersedia mengamalkan penemuan-penemuan penyelidikan.
Bagaimanapun, mengenalpasti kumpulan kajian tidaklah mudah. Berbagai- bagai pendapat timbul menyentuh pekara ini. Bagi Comstock, memadai sesuatu kumpulan itu adalah kumpulan kajian sekiranya kumpulan kajian tersebut tidak berpuashati ke atas kewujudan keadaaannya yang bercorak penguasaan kebendaan dan idealogi. Dengan lain perkataan, kepentingan kumpulan tadi memerlukan perubahan dari segi penyertaan dan keadaan dari belenggu penguasaan kebendaan.

Langkah Kedua:
Mencari, menyingkap dan menentukan makna, nilai dan motif yang wujud pada kumpulan masyarakat yang dikaji.
Permulaan perlaksanaan kaedah kritikan bertitik tolak dari kajian dunia kehidupan kumpulan masyarakat kajian itu sendiri – mengenal norma, nilai, makna hidup dan lain-lain yang mempengaruhi tingkahlaku dalam keadaaan yang wujud.
Perkara-pekara yang disebutkan perlu dinilai secar krtikal supaya pemahaman yang menyeluruh didapati. Penyelidikan, pada peringkat ini, perlu menyingkap pemahaman menerusi dialog dengan kumpulan kajian. Penyingkapan tadi akan menjadi garis panduan untuk tindakan masa depan. Untuk menjayakannya, penyelidik harus mengetahui dan memahami bahasa kumpulan kajian.

Langkah ketiga:
Mengkaji sejarah dan keadaan masa kini yang dialami oleh kumpulan kajian.
Realiti masyarakat tidak terhad dari menggunakan amalan konsep antarasubjetiviti, tetapi juga menjalakan kajian-kajian empiris mengenai struktur dan proses masyarakat. Kajian empiris ini akan menyingkap penyebab-penyebab kepada kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan yang menyekat kemajuan masyarakat. Kajian ini akan menjelaskan pengalaman kumpulan kajian pada waktu itu dan juga sebelumnya.

Langkah keempat
Membentuk model-model yang menghuraikan hubungan antara angkubah-angkubah keadaan kumpulan masyarakat yang dikaji. Penjelasan kritikal terhadap sesuatu perkara atau fenomena adalah berasaskan kepada dialetik historis di mana dihasilkan dari proses sosial dan makna antara subjektif. Tujuannya adalah untuk menunjukkan bagaimana makna merupakan akibat dari keadaan historis yang tertentu, dan menjelaskan bagaimana keadaan masyarakat telah berubah sehingga menyebabkan makna tadi tidak berguna lagi. Pemusatan kaedah ini adalah pada pertembungan di antara keadaan-keadaan tindakan yang tersedia ada dan pemahaman keadaan ini oleh individu kumpulan kajian. Dengan itu memerlukan pengesahan bahawa makna, nilai dan niat itu tidak berguna, yakni berlawanan dengan kehendak masyarakat sebenar. Unsur-unsur ini dihubungkan dengan keadaan yang dibentuk.

Langkah kelima
Menyingkap sebab-sebab dan punca masalah atau kepincangan yang berlaku dan hasilkan jalan mengatasinya.
Penyelidik kritikan mengkaji kesan-kesan tindakan dengan matlamat untuk menyingkap keadaan-keadaan masyarakat yang tidak disangka, berlawanan dan bertentangan dengan kehendak masyarakat sebenar. Keadaan inilah yang telah menyebabkan ahli kumpulan kajian tidak mempunyai penguasaan ke atas tindakannya.



Langkah keenam
Melibatkan diri dalam program penyelidikan dan rancangan penyelesaian serta membantu kumpulan masyarakat yang dikaji melihat dan menilai keadaan sebenar.

Penyelidikan turut serta melibatkan diri dengan ahli kumpulan kajian. Program yang dibantu adalah usaha menggalakkan dan menggerakkan ahli kumpulan kajian untuk membentuk pemahaman dan tindakan baru yang bersesuaian dengan keadaan yang di ubah. Dalam program pendidikan ini, penyelidik mengamalkan model dialog di mana penyelidik akan ‘problematize’ makna-makna, nilai-nilai dan motif tertentu yang diterima oleh ahli kumpulan kajian ataupun akan bertindak ke atas isu-isu kumpulan. Kehendak mencari pemahaman dan tindakan baru mestilah dicetuskan dahulu oleh ahli kumpulan dan bukannya penyelidik. Sebagai masyarakat, penyelidik akan menghuraikan penjelasan krtikalnya menerusi bahasa ahli kumpulan kajian dan penyelidik adalah bersifat agen perubahan dan bukannya terpisah dari proses masyarakat. Penjelasan-penjelasan ini menghuraikan bagaimana mereka boleh bertindak menukar keadaan.

Langkah ketujuh
Melibatkan diri dalam menghasilkan asas teorikal program dan tindakan yang mengubah situasi kepincangan yang dialami oleh kumpulan masyarakat yang di kaji.
Penyelidikan mengambil dayausaha menyediakan pengetahuan lengkap tentang perkembangan keadaan dan nilai kumpulan masyarakat kajian. Penyelidikan juga menyediakan asas-asas langkah dan tindakan dimasa depan. Usaha ini adalah bertujuan untuk mengurang dan menghapuskan unsure-unsur yang bertentangan dan berlawanan dengan keadaan masyarakat yang diingini. Kumpulan kajian akan dapat memahami dan mengawal keadaan sekelilingnya. Tidak lagi terpisah dari alamnya. Menerusi analisis dan tindakan kritikan, factor-faktor subjektif dan objektif perubahan disatukan. Penyelidikan adalah berterusan serta sentiasa mengadakan dailog dan menilainya secara kritikal.

Secara ringkas kaedah penyelidikan kritikal telah mendefinisikan semula peranan seseorang penyelidik sebagai berikut:
“The role of the critical researcher is, through dialogue and analysis, to return the group’s attention to their understandings and intentions (Step 2) and re-initiate the critical analysis of actions (Step 4) in light of further development of historical forces (Step 3).The aim here is to develop the group’s own capacity to discover the contradictions which many be developing as a result of their actions (Step 5) and to educate themselves for more enlightened and self- conscious political action (Step 6 and 7)”(Comstock,D.E.)

5. Perbandingan Kaedah
Secara perbandingan langkah- langkah kaedah, berikut ialah perbandingan di antara kaedah positivisme dan kaedah kritikal.

Kaedah Positivism Kaedah Kritikal

1.Mengenalpasti pemasalahan kajian berasakan kepada kajian-kajian dan teori-teori masa lalu.
Mengenalpasti kumpulan atau pergerakan yang ingin memperbaiki diri, atau yang sedang menghadapi masalah atau kepincangan dan ingin mengatasinya.


2. Membentuk hipotesis yang bersifat empiris yang mampu memperbaiki teori-teori yang ada, serta mempunyai kuasa ramalan.

Mencari, menyingkap dan menentukan makna, nilai dan motif yang wujud pada kumpulan masyarakat yang dikaji.

3.Memilih keadaan (komuniti, kumpulan, organisasi dsb) yang sesuai dengan pemasalahan yang dipilih

Mengkaji sejarah dan keadaan masa kini yang dialami oleh kumpulan kajian.


4.Membentuk langkah-langkah dan strategi pengumpulan data berasaskan kepada:
-kajian masa lalu
-pemerhataian dan temubual dalam keadaan kajian
-penilaian pengkaji sendiri
-pengetahuan mengenai proses masyarakat

Membentuk model-model yang menghuraikan hubungan antara angkubah-angkubah keadaan kumpulan masyarakat.

5.Mengumpul data menerusi :
-ujikaji
-dokumen dan teks yang ada
-tinjauan dan temubual
-pemerhatian

Menyingkap sebab-sebab dan punca masalah atau kepincangan yang berlaku dan hasilkan jalan mengatasinya.

6.Menganalisa data untuk menguji hipotisis.
Melibatkan diri dalam program pendidikan dan rancangan penyelesaian serta membantu kumpulan masyarakat yang dikaji melihat dan menilai keadaan sebenar.


7.Mengubah teori-teori berasaskan kepada penemuan dan kemukakan pemasalahan baru yang boleh dilakukan kajian yang akan datang
Melibatkan diri dalam mengahasilkan asas teoritikal program dan tindakan yang mengubah situasi kepincangan yang dialami oleh kumpulan masyarakat yang dikaji.


Secara umumnya, kaedah penyelidikan kritikal mengadaikan masyarakat dan kumpulan masyarakat adalah “rasional”, yakni sempuran dan tidak pincang. Penyelidikan akan hanya dilakukan bila berlaku “irrationality” atau kepincangan. Penyelidikannya melibatkan diri secara langsung dan mendalam ke atas usaha penjelasan dan penghuraiannya. Tidak timbul persoalan objektiviti dan “impersonal”. Penyelidik adalah sebahagaian dari proses evolusi social, berperanan sebagai agen perubahan dan membentuk kesempurnaan masyarakat.

Seperti juga kaedah-kaedah yang lain, kaedah ini juga menerima kritikan-kritikan. Tetapi apa yang penting, penganjur kaedah ini telah memberi dimesi baru dalam usaha manusia menjalani kehidupan sejagat. Bidang komunikasi merupakan antara bidang yang berkait rapat dengan kemunculan kaedah penyelidikan kritikal ini kerana antara asas-asas pembentukan kaedah krtikal adalah di dorong oleh pengaruh media massa yang mampu mengubah arah dan haulan masyarakat kepada “irrationality”.

6. Pengaruh Teori Kritikal dalam Wacana Ilmu Komunikasi
Pertemuan pertama teori kritikal dengan ilmu komunikasi sebenarnya terjadi ketika teori kritikal berpindah ke Amerika Syarikat. Perkembangan ilmu komunikasi di Amerika sudah mengalami perkembangan yang pesat. Premis awal Ilmu komunikasi di Amerika merupakan pernik awal perkembangan teknologi informasi bahkan sebelum perang dunia I. Perkembangan ilmu komunikasi di Amerika banyak ditanda dengan perkembangan komunikasi massa di negara tersebut. Sementara itu, paradigma dominan ilmu komunikasi dipenuhi dengan paradigma positivistik.

Teori kritikal yang dibawa oleh para sarjana Jerman akhirnya berpindah di beberapa universiti di Amerika pada tahun 1933. Pertemuan dua tradisi intelektual tersebut menghasilkan kontroversi. Paradigma kritikal yang sangat kritis idealistik bertemu dengan tradisi keilmuan yang pragmatis. Dalam sejarah perkembangannya, penelitian komunikasi di Amerika dipengaruhi oleh keadaan sejarah sosial, politik dan budaya yang terjadi. Komunikasi pada titik tertentu di Amerika, berada di dalam titik tolak pragmatik yang sangat komersial.

Idea pragmatisme telah mewarnai penelitian komunikasi di Universiti Chicago yang mana kajiannya sangat empirik. Paul Lazarfeld, Kurt Lewin, Harold Laswell dan Carl Hovland. Kajian yang dikembangkan oleh Wilbur Schramm adalah kajian kuantitatif dalam konteks antropologi komunikasi.

Sumbangan kritisisme teori kritikal dikembangkan oleh Adorno yang mengkritik pendekatan Paul Lazarfeld yang sangat dipengaruhi oleh pendekatan struktural fungsionalistik ala Talcott Parsons. Horkheimer dan Adorno melihat kecacatan epistemologi dalam ilmu komunikasi yang berwatak totaliter dan ideologis.

Kajian komunikasi yang berkembang bersama dengan anggapan pemikiran administratif adalah kajian efek media massa. Seterusnya dalam era tahun 30-40an, pemikiran teori kritikal mengembangkan kajian tentang ekonomi politik media, analisis budaya atas teks, dan kajian resepsi khalayak – kajian ideologi di dalam media yang akhirnya mengalami perkembangan yang pesat pada tahun 70-80an.

Pendekatan ekonomi politik memfokuskan pada kajian utama tentang hubungan antara struktur ekonomi-politik, dinamik industri media, dan ideologi media itu sendiri. Tumpuan penelitian ekonomi politik diarahkan kepada kepemilikan, kontrol serta kekuatan operasional pasar media. Dari titik pandang ini, institusi media massa dianggap sebagai sistem ekonomi yang berhubungan erat dengan sistem politik.

Kajian Budaya Kritikal juga menempatkan media sebagai salah satu faktor budaya dalam melakukan imperialisme budaya. Faktor budaya dalam konteks ini adalah konteks ideologi dominan maka media menjadi ideological apparatus.

Kefahaman kritikal menempatkan bahawa kelompok khalayak terbahagi dalam klasifikasi status sosial dan ekonomi. Secara politik, masyarakat terbahagi dalam kelompok sosial yang mempunyai tingkat kefahaman yang berbeza. Pendekatan Bordieu banyak menggunakan metode ini.

Pendekatan kritikal dalam organisasi menggambarkan bahawa terdapat banyak cara di mana kuasa boleh digunakan dalam organisasi untuk mengawal ahli-ahli di dalamnya. Walaubagaimanapun, sebaerang penganiayaan atau diskriminasi boleh dikurangkan melalui proses emansipasi seperti yang diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji teori pendekatan kritikal dalam komunikasi. Dua teori yang sering dikaitkan dengan pendekatan kritikal iaitu teori kawalan konsertif dan teori feminist dalam komunikasi keorganisasian.
7. Teori Kawalan Konsertif
Dalam usaha menjadikan organisasi bersifat demoratik, berbagai idea dalam pendekatan sumber manusia telah diperkenalkan dalam organisasi. Namun begitu, masih terdapat keraguan samada idea-idea tersebut diaplikasikan di dalam organisasi. Isu ini telah mewujudkan teori kawalan konsertif yang cuba menerangkan bagaimana kuasa boleh ditransformasikan dalam organisasi.

Teori kawalan konsertif telah diperkenalkan oleh Barker dan Cheney (1994), yang menyatakan terdapat tiga konsep penting dalam teori mereka iaitu :
1. Kawalan
Organisasi moden dapat di kawal melalui tiga jenis kawalan iaitu :
• Kawalan mudah – yang melibatkan kaedah kawalan autoritarian di tempat kerja.
• Kawalan teknologi – yang melibatkan kawalan melalui proses-proses teknologi di tempat kerja seperti di bahagian pemasangan atau perisian komputer
• Kawalan birokrasi – yang berasaskan kuasa dalam struktur hirarki dan peraturan rational-legal yang berasal daripada struktur birokrasi
• Kawalan konsertif – yang melibatkan pemindahan kuasa daripada pihak pengurusan kepada pekerja. Pekerja-pekerja bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam membentuk peraturan dan norma yang akan mengawal pelakuan mereka dalam organisasi
2. Identifikasi
Konsep indentifikasi merujuk kepada persepsi individu terhadap perasaan sepunya iaitu keahliannya dalam suatu kumpulan. Apabila individu itu mempunyai perasaan sepunya (belongingness) iaitu menjadi ahli dalam suatu organisasi maka dia mempunyi tanggungjawab dan perhatian terhadap organisasinya.
3. Disiplin
Melalui interaksi komunikasi, organisasi boleh membentuk kaedah-kaedah pemberian ganjaran dan hukuman kepada ahli-ahli yang patuh dan ingkar dengan peraturan yang telah ditetapkan dalam organisasi. Kaedah disiplin boleh berupa kritikan, pemboikotan, berdiam diri dan sebagainya. (Ishak Abd Hamid, 2000)

8. Kajian Feminis
Menurut Stephen W.Little John (1998), di dalam bukunya Theories of Human Communication, mengatakan bahawa bagaimana kajian feminis dikaji menurut perspektif ‘gender’ diantara feminin dan maskulin di dalam masyarakat dan bias-bias yang wujud di antara kedua-dua ‘gender’ ini. Kajian feminis ini dianggap satu contoh teori kritikal dalam kajian komunikasi. Ianya merupakan satu emansipasi di mana wanita memperjuangkan hak-hak mereka. Feminis mendakwa kehidupan masyarakat secara sosialnya dibentuk dalam dominan lelaki (patriarchal ways). Lelaki mendominasi ke semua bidang seperti politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Wanita di anggap satu kaum yang lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Kuasa hanya terletak di tangan lelaki sahaja.

Wanita mengatakan ini adalah satu diskriminasi yang tidak patut dilakukan ke atas mereka. Kebanyakan wanita pada hari ini mempunyai pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki dan statistik juga menunjukkan bahawa lebih ramai golongan wanita di pusat-pusat pengajian tinggi berbanding lelaki. Ini menunjukkan bahawa dari satu sudut wanita telah mengatasi lelaki. Tetapi masyarakat telah mempraktikkan budaya di mana, walau setinggi mana pun pendidikan dan kedudukan seorang wanita itu mereka mesti dan tetap menjalankan kewajipan mereka sebagai seorang isteri dan melakukan kerja-kerja rumah. Perkara ini sudah ditanam di dalam diri masyarakat sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Pemaparan imej wanita banyak dieksploitasi oleh media massa baik media elektronik mahupun media cetak. Wanita digambarkan mempunyai bentuk fizikal yang mengghairahkan dan diperlihatkan seluruh tubuhnya yang memberahikan dengan gaya penuh menggoda dalam media. Wanita juga dikatakan seorang yang pasif dan tidak mampu berdikari dan kihidupan mereka bergantung kepada lelaki dan bukannya menjadi tenaga kerja. Mereka tidak dibenarkan bersuara dalam menyatakan keinginan dalam hak-hak mendapatkan persamaan setanding kaum lelaki.

Menurut Miller (1999), isu ini telah menimbulkan berbagai reaksi dan berbagai pandangan yang telah dikemukakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu sebagai jalan penyelesaian seperti berikut :
• Kumpulan feminist liberal menyatakan jalan penyelesaian dating dari sistem itu sendiri. Mereka menyarankan supaya kaum wanita patut berusaha untuk mendapatkan perkongsian kuasa dalam organisasi yang dikuasai oleh kaum lelaki.
• Kumpulan feminist radikal percaya bahawa emansipasi bagi kaum wanita hanya boleh dilaksanakan dengan melenyapkan organisasi yang dikuasai oleh kaum lelaki ataupun dengan cara memisahkan organisasi tersebut daripada kaum wanita sepenuhnya.
• Kumpulan standpoint feminist menyarankan supaya tindakan-tindakan yang simbolik dilakukan untuk memberi peluang suara mereka didengar oleh masyarakat.
• Kumpulan postmodern feminist berpendapat perspektif kaum wanita boleh diketengahkan dengan cara membina semula sistem pemberian makna yang dikuasai oleh kaum lelaki.(Ishak Abul Hamid, 2000)

9. Kajian Budaya

Kajian Budaya melibatkan penyelidikan cara-cara budaya dibentuk melalui penglibatan yang secara meluas di antara ideologi-ideologi. Erti budaya di dalam kajian budaya adalah idea yang sama di mana masyarakat atau sesuatu kumpulan itu mengumpulkan cara-cara budayanya, ideologinya dan dalam masa yang sama memahami pengalamannya. Kedua, amalan atau keseluruhan cara hidup yang dilakukan oleh individu dari sehari ke sehari. Kedua-dua budaya ini tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling berhubung kait (Stephen W. Littlejohn, 2002).

Ia juga adalah ideologi yang saling berkaitan dengan media, politik dan yang dipraktikkan oleh individu di dalam sistem budaya. Budaya ini adalah nilai (values) dan kepercayaan serta cara hidup yang saling berkaitan dan berkembang dari satu generasi ke generasi lain. Tidak mungkin budaya ini akan pupus selagi manusia masih berpegang teguh kepada cara hidup yang diamalkan.

Menurut Giddens, 1998, beliau melihat bahawa budaya sebagai cara di mana ideologi dan nilai dikeluarkan serta dihasilkan semula melalui praktik budaya. Corcoran (1989) pula mengatakan bahawa sesetengah sosial ini kekal melalui kemampuan dominan minoriti untuk membentuk kefahaman awam dan kemudian dinaturalkan melalui keseluruhan kesedaran massa.

Dalam satu kajian (Katherine Miller, 2001) mengkaji bagaimana budaya ‘fast food’ (makanan segera) wujud di Amerika Syarikat. Budaya ini di terima dengan mudah oleh penduduk dan merupakan budaya moden di Amerika Syarikat . Bukan hanya di Amerika Syarikat sahaja malah di seluruh dunia sudah menerima budaya seperti ini. Ia dikatakan suatu ideologi yang efektif dan mudah (disposability). Contoh-contoh makanan segera adalah seperti KFC, McDonald, Burger King, Pizza Hut dan lain-lain. Masyarakat pada hari ini mudah menerima dan menyesuaikan budaya ini di dalam konteks kehidupan mereka seharian.

Masyarakat tidak pernah mempersoalkan kelemahan kerana budaya ini amat disenangi walaupun ada kajian yang menunjukkan bahawa dari segi ukuran tahap diet makanan ini tidak seimbang. Masalah seperti ini tidak pernah timbul walaupun ada sesetengah di antara mereka menyedari ketidakseimbanngannya. Apa yang lebih penting adalah kepuasan yang mereka perolehi. Kalau kita lihat dan sedar bahawa ideologi ini sebenarnya telah menyokong keuntungan dominant kapitalis.


10. Kritikan
a. Teori Kajian Budaya
Kekuatan teori ini ialah menyediakan fokus bagaimana individu memperkembangkan pemahamannya tentang dunia sosial, mempertanyakan soalan yang besar dan penting tentang peranan media dan menghormati penggunaan kandungan keupayaan penonton.

Kelemahannya pula ialah mempunyai sedikit kuasa penerangan pada tahap makroskopik, mempunyai fokus yang terlalu sempit kepada individu berbanding kesan kepada masyarakat, kekurangan pengesahan saintifik berdasarkan pemerhatian subjektif dan apabila menggunakan pengesahan saintifik selalunya mengundang kaedah kajian bukan tradisional (kontroversi).

b. Teori Kritikal
Kekuatannya ialah berasaskan politik dan berdasarkan perbuatan, menggunakan teori dan kajian untuk merancang perubahan dalam dunia sebenar dan mempertanyakan soalan yang besar dan penting tentang penguasaan dan pemilikan media.
Kelemahannya pula ialah terlalu politik, perbuatan adalah terlalu subjektif, kekurangan pengesahan saintifik, hanya kepada pemerhatian subjektif dan apabila menggunakan pengesahan subjektif, selalunya mengundang inovatif tetapi kaedah kajian yang kontroversi.

11. Kesimpulan
Teori kritikal melihat bahawa media tidak lepas kepentingan terutama sarat kepentingan kaum pemilikan modal, negara atau kumpulan yang menindas lainnya. Dalam erti lain, media menjadi alat dominasi dan hegemoni masyarakat.
Teori kritikal ini merupakan teori pembaikan daripada teori terdahulu dan masih digunakan sehingga kini. Teori ini menggunakan pelbagai pendekatan iaitu melalui pengalaman, sejarah lalu dan persekitaran sosial. Namun teori ini masih tidak mengenepikan kajian empirikal untuk mengatasi kelemahan yang tersirat dalam penyelidikan ini.

05 January 2009

Al-Qassam: Dalam 24 Jam Kami Tewaskan 11 Anggota dan 1 Komanden Israel

GAZA (Arrahmah.com) – Sumber Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas menegaskan Ahad malam kemarin bahawa mereka berjaya membunuh 11 anggota tentera Israel dan melukai 48 lainnya dalam 24 jam sejak operasi darat Israel dimulai di Jalur Gaza.

Sumber-sumber di Al-Qassam menyebutkan, lima anggota Israel mati malam Sabtu lalu dan enam lainnya luka-luka. Di antara korban yang tewas itu ada seorang komandan dengan pangkat kolonel yang sudah pernah terluka di perang Libanon dan ikut kembali dalam perang baru di Jalur Gaza. Peristiwa itu terjadi ketika pertempuran sengit antara pejuang Palestin dan tentera Israel di sejumlah titik perlintasan.

Sementara itu, Muhammad Nazzal, anggota biro politik gerakan Hamas menegaskan bahawa 60 pasukan Israel antara mati dan luka sejak operasi darat dilakukan dan terjadi pertempuran hebat antara anggota Israel dan perlawanan Palestin, terutama Batalion Izzudin Al-Qassam.

Dalam live di TV Aljazeera, Nazzal menegaskan bahawa dalam data lapangan yang dihimpun, jumlah anggota Israel yang tewas dan luka-luka adalah 60 pasukan dan ada 11anggota terbunuh dan sekitar 48 luka-luka. Ditambah satu wakil komandan satuan perang di regu 52 Ggolani. Ia berpangkat kolonel yang pernah ikut serta dalam perang Libanon tahun 2006. ia terbunuh di perkampungan Zaitun.

Di sisi lain, Nazzal memberikan apresiasi terhadap pidato Amir Hamd bin Khalifah dan menyebutnya sebagai kemajuan politik. Ia juga menilai bahwa pidato Amir Qatar itu mewujudkan bahawa menyampaikan kritik pedas dari pemimpin Arab terhadap reaksi pemerintah-pemerintah yang tidak berdaya. Nazzal berharap pidato itu akan menjadi langkah politik penting. Tidak adanya KTT dalam mereaksi peristiwa Gaza adalah titik hitam yang menegaskan bahwa Arab tidak memiliki tanggungjawab, imbuh Nazzal. Ia juga mengungkapkan bahwa kini sudah ada kontak dan reaksi dari Eropa dan lainnya yang meminta Hamas melakukan gencatan senjata. Namun Nazzal menegaskan bahwa gencatan senjata tidak ada terjadi jika permusuhan Israel tidak dihentikan dan perlintasan dibuka kembali.

SENARAI PRODUK MILIK ATAU BERKEPENTINGAN YAHUDI

Ini adalah senarai produk milik orang-orang yahudi yang saya jumpa dari website PPIM. Mudah-mudahan dapat kita sama-sama menjayakan usaha memboikot produk-produk ini. Sila taipkan : -->> http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

Mengikut maklumat produk-produk ini adalah milik/penyokong Yahudi
Jika anda ada sebarang maklumat atau pertanyaan sila hubungi PPIM di Hotline:019-3591000

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH YAHUDI

PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM iaitu www.muslimconsumer.org.my

Hari Pertama Anak Sulongku Ke Sekolah

Hari ini (5/1/2009) adalah hari pertama anakandaku ke sekolah tadika. Tadika tersebut terletak di Persint 9, Putrajaya. Dia menangis terkedu2 setelah meninggalkan beliau di tadika tersebut. Minggu lepas telah pun diadakan minggu orientasi yang mana anakku di temani oleh mak2 saudaranya iaitu Mak Su dan Cek Su serta Umminya....hari ni tinggallah Syakirah bersama cikgu2 dan kawan2....Semoga Syakirah beroleh ilmu dunia dan akhirat...Amin...