29 January 2009

Teori Uses and Gratification (Kegunaan dan Kepuasan)

1. Pengenalan
Di dalam kita menyelami teori kegunaan dan kepuasan ini, ia ada hubungkait yang rapat dengan media terutama kini zaman teknologi telah mengubah segalanya. Jadi teori ini amat penting di dalam kita membuat sesuatu penelitian maupun kajian mengenai isu-isu semasa dan berkait rapat dengan audiens (pengguna). Pendekatan ini juga melibatkan suatu pergeseran fokus dari tujuan menyampaikan pesan kepada penerima pesan. Teori ini juga amat sesuai dengan teori kebebasan pers.

Salah satu teori di dalam komunikasi massa yang sangat popular adalah pendekatan teori Kegunaan dan Kepuasan. Di sini kita menyelidik idea asal kegunaan dan kepuasan dan juga dapat di lihat sesuatu yang menarik perhatian.

2. Idea Asal
Pendekatan teori Kegunaan dan kepuasan adalah lebih fokus kepada pengguna- para penonton- daripada pesan yang disampaikan. Tidak seperti kepada tradisi kesan kekuasaan, pendekatan ini membayangkan para penonton lebih kepada diskriminasi kegunaan media. Asas kedudukan diri telah dirumuskan seperti di bawah :
Telah diperbandingkan dengan pembelajaran kesan-kesan klasik, pendekatan kegunaan dan kepuasan ini adalah mengambil pengguna media daripada pesan media itu sendiri sebagai perkara asas dan meneroka sikap komunikasi itu dalam terma pengalaman terus menerus dengan sesuatu media. Dalam pandangan ini, para penonton di lihat sebagai menggunakan isi kandungan media secara aktif daripada tindakan yang pasif terhadap media. Oleh yang demikian, perkara ini tidak boleh dianggap perhubungan terus antara pesan dan kesan, tetapi sebaliknya menganggap sesuatu yang betul kepada para penonton mengambil pesan untuk kegunaan dan hanya tindakan kegunaan sebagai mengganggu boleh diubah di dalam proses kesan tersebut.

Para penonton boleh dianggap menjadi aktif dan goal-directed. Para penonton adalah berhak memilih media untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan bagaimana untuk mendapatkan media yang terbaik. Media boleh dianggap sebagai satu jalan untuk mendapatkan mereka berinteraksi antara mereka mahupun secara individu melalui media. Dalam erti kata, apa yang telah diberikan pilihan kepada penonton, setiap individu boleh memilih jalan mereka untuk mendapatkan kepuasan.(Littejohn, 2002)

Blumber dan Katz (1974) juga melihat bahawa penggunaan teori ini adalah untuk pengguna media yang memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Pengguna akan mengambil bahagian yang aktif di dalam proses komunikasi dan goal oriented di dalam media yang mereka gunakan. Teori ini juga dilihat pengguna media mencari sumber-sumber-sumber media yang terbaik dan memenuhi keperluan pengguna. Teori manfaat dan kepuasan beranggapan bahawa pengguna itu mempunyai alternatif untuk memilih apa yang mereka inginkan. (www.uky.edu)

Kegunaan dan Kepuasan ini lebih kepada konsep kajian daripada teori kepuasan diri. Bahkan penyumbang di dalam lapangan kajian ini melihat bahawa telah mencari permasalahan dengan skop kajian dan dipanggil dengan konsep payung yang mana menggunakan beberapa teori ketetapan (Infante et al. 1997)

Pendekatan kegunaan dan kepuasan akan menggunakan dalam konsep mengembangkan dan menjawab soalan-soalan penyelidikan. Status sekarang teori ini masih bergantung di atas analisis pertama Katz, yang mana pengguna menggunakan media untuk pelbagai tujuan tetapi pendekatan ini sangat sesuai digunakan sebagai pergerakan teknologi secara keseluruhan kepada tahap informasi elektronik. Kemajuan di dalam media teknologi seharusnya mampu memberi pengawasan pengguna di dalam media dan sebab perspektif penggunaan kegunaan dan kepuasan bergantung kepada konsep penonton aktif. Terutamanya menggunakan untuk tujuan pembelajaran tentang teknologi terkini.(www.iml.jou.ufl.edu)

3. Andaian Metateoritikal
Ontological Assumptions:
Deterministic----------------X---free will
Epistemological Assumptions:
Truth------------------------------X----Multiple Truths
AxiologicalAssumptions:
value neutral-----------------X----value laden (www.uky.edu)

4. Tafsiran-tafsiran Individu dan Kritik
Teori kegunaan (manfaat) dan kepuasan telah mengambil pendekatan lebih perikemanusiaan untuk melihat penggunaan media. Blumber dan Katz percaya bahawa bukan hanya satu jalan untuk masyarakat umum menggunakan media. Sebaliknya, mereka percaya bahawa terdapat banyak alasan untuk menggunakan media yang mana pengguna adalah pengguna-pengguna media. Berikutan teori ini, pengguna media mempunyai kebebasan untuk memilih atau memutuskan bagaimana pengguna hendak menggunakan media dan sejauh mana kesan pada pengguna. Teori ini adalah bersikap positif dalam konteks melihat media.

5. Idea-Idea dan Penglibatan
Teori kegunaan (manfaat) dan kepuasan boleh dilihat dalam satu kes sebagai pilihan muzik personal. Kita memilih muzik tidak hanya untuk melengkapi perasaan seseorang sahaja tetapi juga untuk mencuba menunjukkan kekuasaan atau motif kesukaan masyarakatnya yang lain. Di situ terdapat banyak perbezaan jenis-jenis muzik dan kita pilih daripada mereka yang betul-betul memerlukan. (www.uky.edu)

6. Intisari Andaian dan Pernyataan
Intisari : Teori Kegunaan (Manfaat) dan Kepuasan mencuba untuk menjelaskan manfaat dan fungsi-fungsi media adalah untuk individu-individu, kumpulan-kumpulan dan masyarakat yang luas. Di sini ada tiga objektif dalam pengembangan teori kegunaan dan kepuasan :
1. Untuk menjelaskan bagaimana individu menggunakan media massa dalam memuaskan apa yang mereka mahu. “Apa yang mereka lakukan dengan media”.

2. untuk mencari motif individu menggunakan media

3. Untuk mengenalpasti positif dan negatif akibat individu yang menggunakan media (www.tcw.utwente.nl)

7. Model Secara Konsep
McQuail, Blumber dan Brown (1972), berdasarkan penelitian mereka di Inggris, mengusulkan kategori-kategori seperti berikut :
1. Pengalihan – Mengelak dari aktiviti harian dan masalah; melepaskan emosi
2. Hubungan personal – manfaat sosial informasi dalam percakapan; pengganti media untuk kepentingan
3. Identiti Peribadi atau psikologi individu – menguatkan nilai atau menambahkan keyakinan; pemahaman diri; eksplorasi realiti dan sebagainya.
4. Pengawasan – informasi mengenai hal-hal yang mungkin mempengaruhi seseorang atau akan membantu seseorang melakukan atau menyelesaikan sesuatu.

Katz, Gureritch dan Haas (1973) memandang bahawa media massa sebagai suatu alat yang digunakan oleh individu-individu untuk berhubungan (atau memutuskan hubungan) dengan yang lain. Para peneliti tersebut membuat data sebanyak 35 keperluan yang diambil “(Sebahagian besar spekulatif) dari literature tentang fungsi-fungsi sosial dan psikologis media massa” kemudian merumuskan ke dalam 5 kategori :
1. Keperluan kognitif – memperolehi informasi, pengetahuan dan pemahaman
2. Keperluan efektif – emosional, pengalaman menyenangkan atau estitis
3. Keperluan integratif personal – memperkuatkan kredibiliti, rasa percaya diri, stabil dan status.
4. Keperluan integratif sosial – mempererat hubungan dengan keluarga, teman dan sebagainya.
5. Keperluan pelepasan ketegangan – pelarian dan pengagihan. (m.s 166-167)

8. Saranan-Saranan
Hasil yang saya temukan di dalam huraian kertas kerja yang menggunakan teori Kegunaan dan Kepuasan, terdapat beberapa kekurangan dan kelemahan. Antaranya adalah :
1. Teori ini boleh dikatakan idak bersifat teoritis kerana masih samar di dalam mendefinisikan konsep-konsep utama misalnya “keperluan” dan pada dasarnya ia lebih cenderung ke sebuah strategi pengumpulan data.
2. Tidak banyak usaha yang boleh dilakukan untuk mencari asal-usul pencarian kepuasan (Palmgreen dan Rayburn, 1982). Acap kali keperluan yang ingin dipenuhi pengguna melalui manfaat media disimpulkan dari pertanyaan-pertanyaan mengenai mengapa mereka memanfaatkan media, pengaruh pada kecurigaan bahawa keperluan tersebut diciptakan oleh media atau merupakan sebuah rasionalisasi manfaat media.
3. Arah penelitian ini sejak zaman Freud menunjukkan adanya bersifat kompleks dan samar tentang motivasi manusia, juga ada sesuatu yang agak dederhana atau lemah mengenai penerapan laporan diri untuk menentukan motif. Sebuah kritik atas pelbagai kajian tentang kegunaan dan kepuasan pada tahun 1983 mengkritik adanya kerancuan antara definisi operasional dan model analitis. Mempertanyakan konsisten internal; menyebut bahawa kurang adanya justifikasi teoritis atas sesuatu model yang ditawarkan dan menyatakan bahawa “pembahasannya jauh dari keberhasilannya, yang mana tidak memberi sokongan kepada landasan teoritisnya”. (Stanford, 1983, m.s 247-250).
4. Pendekatan teori Kegunaan dan Kepuasan ini juga jelas fokusnya terlalu sempit iaitu lebih tertumpu kepada individu (Elliot, 1974), pendekatan ini juga bersandarkan pada konsep-konsep psikologis seperti keperluan dan mengabaikan struktur sosial mahupun tempat media yang berada di dalam struktur tersebut. Salah satu jawapan ke atas kritik ini datang dari Rubin dan Windahl (1986), yang telah mencadangkan suatu sintesis antara pendekatan kegunaan dan kepuasan dengan teori ketergantungan (Ball-Rokeach dan DeFleur, 1976). Model kegunaan dan ketergantungan mereka (Rubin dan Windahl) menempatkan individu di dalam sisitem-sistem kemasyarakatan, yang membantu membentuk keperluan-keperluan mereka.
5. Perspektif pendekatan kegunaan dan kepuasan juga dikritik oleh para penulis yang memiliki perhatian pada persoalan hegemoni media. Mereka mengatakan bahawa terlalu jauh kiranya jika dikatakan bahawa orang bebas memilih agenda media mahupun interpretasi-interpretasi sesuai kehendak mereka (White, 1994) Menurut para penulis itu, pesanan media massa lebih kepada memperkuatkan pandangan kebudayaan yang dominan dan penonton merasa susah untuk mengelak dari “bacaan yang lebih disukai ini”.
6. Dilihat dari sudut lain juga, bahawa banyak kegunaan komunikasi massa mungkin melibatkan langkah perhatian yang rendah dan pada kenyataannya mungkin sepatutnya diberi dengan jenama ritualistic atau kebiasaan.

9. Penutup
Pendekatan dan kegunaan dan kepuasan seharusnya mengarahkan perhatian kita kepada pada pengguna komunikasi massa. Brenda Dervin (1980) mencadangkan bahawa pengembangan pilihan informasi hendaklah dimulakan dengan kajian calon pengguna informasi dan pertanyaan yang berusaha untuk dijawab. Para penelitian media di berbagai bidang hendaklah lebih banyak melakukan penelitian terhadap para penonton mahupun terhadap kepuasan yang diinginkan oleh para penonton tersebut

3 comments:

Sandralyn Abarasa said...

thanks for d info...i will take note for my assgment.. :)

Bard said...

Ok.....with pleasure....

Unknown said...

sharing is caring.