07 May 2009

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP ISU-ISU PENGHIJAUAN (GOING GREEN) DI MALAYSIA


Abstrak

Di era globalisasi, isu penghijauan (going green) adalah salah sebuah isu yang sedang hangat diperdebatkan di peringkat komuniti global meliputi negara-negara maju dan negara-negara yang sedang membangun termasuklah Malaysia. Kajian ini berupaya untuk mengetahui pemahaman masyarakat bandar dan luar bandar terhadap isu-isu penghijauan (going green) sebagai isu global yang sedang rancak dibincangkan pada peringkat global setakat ini. Kajian ini juga untuk mengetahui bentuk isu-isu penghijauan (going green) di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar serta untuk mengetahui penilaian masyarakat terhadap isu-isu penghijauan. Melalui pendekatan kaedah in-depth interview terhadap informan seramai 4 orang terdiri daripada yang menetap di bandar dan di luar bandar. Kajian ini mengambil berat kepada latarbelakang taraf pendidikan masyarakat bagi mengenalpasti tahap persepsi masyarakat terhadap isu penghijauan yang didedahkan di Malaysia. Seterusnya, dari perspektif budaya kajian ini diharapkan mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan mendalam tentang bagaimana persepsi masyarakat Malaysia dari taraf pendidikan dalam konteks budaya memahami dan memaknai isu penghijauan yang sedang diperkatakan di peringkat global.

Pendahuluan

Sejak akhir-akhir ini pelbagai inisiatif masyarakat sama ada pihak individu mahupun organisasi melakukan yang terbaik untuk membuat perubahan di dalam masyarakat untuk menghijaukan (going green) dalam pelbagai aspek yang mana telah disebabkan peredaran perubahan arus global seperti berlakunya pemanasan global, pencemaran, zon menipis dan pelbagai masalah lain. Jadi going green merupakan salah satu alternatif untuk mempertahankan proses penghijauan di seluruh dunia amnya di Malaysia khususnya.

Selain daripada isu pemanasan global, sifat dari manusia itu sendiri juga menjadi masalah seperti tidak menjaga alam sekitar daripada mengalami kerosakan berpanjangan. Di dalam negara kita terdapat undang-undang mengenai persekitaran. Sebagai contoh pencemaran asap kereta, kilang, pembakaran dan sebagainya. Undang-undang mengenai pollution dikaitkan di dalam Akta Kualiti Persekitaran 1974. Seksyen 22 yang menyatakan :

Restrictions on pollution of the atmosphere.

(1) No person shall, unless licensed, emit od discharge ant environmentally hazardous substances, pollutants or wastes into the atmosphere in contravention of the acceptable conditions specified under section 21. (Suzanna Mohamed Isa, 2006)

Sebenarnya definisi penghijauan terlalu luas dan dan boleh dilihat dari pelbagai sudut. Penghijauan tidak semata-mata hanya melihat kepada pencemaran alam tetapi juga pelbagai pihak mencuba menerapkan nilai-nilai penghijauan (going green) dari pelbagai aspek. Contohnya seperti di ruang kerja yang mana memastikan para pekerja mengamalkan cara kerja yang cekap seperti penggunaan semula kertas yang telah digunakan (recycle paper). Dari segi bangunan juga dapat dilihat konsep going green dengan menghias menampakkan cirri-ciri kebersihan, penanaman pokok-pokok dan memastikan penghuni yang bekerja di situ juga mengamalkan konsep going green. Dari aspek pemasaran juga memainkan peranan penting dalam konsep ini iaitu dengan cara membuat kerja-kerja pemasaran secara konsisten dan mengamalkan kerja yang sistematik.

Ekonomi juga mempengaruhi dalam aspek going green seperti mana menurut Michael Jacobs (1991) menyatakan bahawa model sikap ekonomi telah digunakan untuk menganalisis ruang masa ekonomi dan boleh dikaitkan dengan persekitaran. Tidak semua kerja dapat dilaksanakan dalam persekitaran ekonomi dan memberikan jawaban dalam gambaran tersebut, tetapi ia boleh dikatakan dapat dikemukakan secara dominan atau tradisi ‘orthodox’. Pendekatan sempadan yang mana telah menerima perhatian orang ramai di dalam beberapa tahun yang lalu melalui penerbitan dan persekitaran media di dalam persekitaran teks ekonomi di UK dan di panggil “Pearce Report”, “Blueprint for a Green Economy”.

Dari segi buadaya juga amat penting dalam isu penghijauan (going green) ini yang mana membudaya masyarakat untuk terus memberi sokongan dengan pelbagai cara. Akhirnya akan timbul membudayakan sifat penghijauan (going green). Dari segi politik juga memberikan pengaruh going green yang mana sesuatu cuba menggambarkan bahawa sesebuah parti itu termasuk dalam going green dari pelbagai aspek iaitu cara pemilihan, pengundian dan sebagainya.

Kalau kita lihat aspek penghijauan (going green) itu dari aspek perniagaan juga memainkan peranan penting. Menurut Wheatley, Malcolm (1993) mengatakan bahawa going green ini dianggap sebagai isu persaingan. Di dalam bidang perniagaan perlu memastikan kilang-kilang juga dalam proses penghijauan tidak tercemar, lebih efisien, mengurangkan intensif tenaga dan menggunakan serta memproduksikan secara persekitaran yang lebih baik di dalam penggunaan bahan-bahan kimia dan bahan-bahan lain.

Isu penghijauan (going green) telah sampai ke peringkat global. Banyak program-program yang telah dilakukan. Sebagai contoh kereta terkenal berjenama Honda juga telah mengimplementasikan konsep going green yang mana telah mengeluarkan sejenis kereta yang dinamakan Hybrid. Konsep yang digunakan adalah lebih bersifat mesra alam dan pencemaran amat minimum. Codntoh lain seperti Colarado, pihak kerajaan membuat Pusat Persidangan Colarado berkonsepkan going green yang mana menggunakan sistem kuasa solar. Ini akan mengurangkan kesan terhadap bumi kita dan salah satu inisiatif untuk membantu penghijauan (going green). Satu contoh lagi adalah kempen pihak Tesco yang mana telah bermula kempen untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sejak dua tahun yang lalu. Secara tidak langsung pihak Tesco menjual beg kain yang dinamakan ”Bag For Life” dengan harga yang berpatutan untuk digunakan semula jika ingin membeli barang-barang jika ke Tesco lagi. Pihak Tesco juga melancarkan kempen Green Club Card.

Dalam hal isu penghijauan juga, pihak kerajaan mula membuka mata dan sensitif dengan isu penghijauan (going green) ini yang mana bermula tahun ini pihak kementerian juga akan memainkan peranan sebagai pemangkin dalam gerak usaha menggalalakkan masyarakat mula sedar betapa pentingnya isu penghijauan ini. Contohnya kerajaan mewujudkan satu kementerian iaitu di namakan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Ini adalah bermulanya satu langkah baru untuk memperkemaskan lagi terhadap isu penghijauan (going green) ini.

Dalam kajian ini adalah untuk melihat bagaimana persepsi masyarakat bandar dan di luar bandar terhadap isu-isu penghijauan (Going Green) di Malaysia. Pengkaji melihat dari latar belakang tempat tinggal iaitu menetap di bandar dan luar bandar. Pengkaji ingin melihat perbezaan persepsi masyarakat bandar dan luar bandar mengenai isu-isu penghijauan (going green). Persepsi masyarakat tentang isu-isu penghijauan (going green) ini dikategorikan kepada 3 kategori iaitu pemahaman, bentuk isu going green dan dari segi penilaian.

Objektif

Objektif di dalam kajian ini adalah :

  1. Untuk mengetahui pemahaman masyarakat bandar dan luar bandar tentang penghijauan (going green).
  2. Untuk mengetahui pelbagai bentuk isu-isu penghijauan (going green) di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.
  3. Untuk mengetahui penilaian masyarakat terhadap isu-isu penghijauan (going green) di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar.

Tinjauan Kesusasteraan

Kajian ini melihat bagaimana perubahan berlaku antara tahun 1990 dan 2003 dan mengeksploitasikan hubungkait antara kesihatan dan persekitran yang alami dan lebih fokus ke arah isu-isu yang berkaitan dengan ruang yang kehijauan. Analisis itu menunjukkan membuka ruang kepada ruang kehijauan antara tahun 1990 dan 2003. Yang demikian perubahan telah disumbangkan secara berbeza antara kumpulan populasi. (A. Kessel, J. Green, R Pinder, P. Wilkinson, C. Grundy dan K. Lachowycz. 2001).

Kajian ini menjelaskan cara mengurangkan pembaziran masa mengenai perkhidmatan makanan dan tidak akan berlaku kehijauan jika ia tidak mencabar. Kitarsemula kadang-kadang boleh menambahkan kerja dan boleh memberikan kehijauan. Kajian yang diperolehi adalah ibu bapa agak sukar untuk makan bersama anak-anaknya yang bersekolah dan pembaziran masa akan berlaku dan perkara ini akan memberikan kesan kepada ibu bapa tersebut. (Jim McCaffree, 2009)

Kajian ini melihat kesan persekitaran di dalam industri perkhidmatan dan produk di dalam latihan untuk kehijauan. Kajian ini juga memperlihatkan tentang kehijauan di dalam perkhidmatan-perkhidmatan matrix. Ia juga melihat bagaimana untuk mengimplikasikan di dalam organisasi untuk mengurangkan, mengimpalbalik dan digunakan semula di dalam usaha untuk lebih komitmen secara persekitaran. (Stephen J. Grove, Raymond P. Fisk, Gregory M. Pickett dan Norman Kangun, 1996)

Kajian seterusnya adalah mengenai mengexplotasikan evaluasi di dalam kes pasaran untuk mendapatkan tenaga yang kehijauan iaitu kesegaran. Artikel ini menggunakan pendekatan perspektif Multiple. Di dalam hasil kajian yang diperolehi adalah memberikan cara-cara untuk meningkatkan penggunaan tenaga dan megurangkan impak persekitaran energy green dan memberikan elemen-elemen strategic untuk memastikan penumbuhan ekonomi di dalam jangka masa yang panjang. (Robert R Hormon dan Kelly R. Cowan, 2001)

Pada tahun 2005, Shaharudin Ahmad dan Nororazuan Md. Hashim membuat kajian tentang pencemaran udara disebabkan jerebu mempunyai pertalian kuat dengan kehadiran titik panas yang dicerap daripada imej setelit Pulau Sumatera, Indonesia. Artikel ini menggunakan kaedah pemetaan Kontur GIS. Di dalam hasil kajian yang diperolehi ialah menunjukkan terdapat trend perubahan kepekatan pencemar akibat daripada perubahan arah dan kelajuan angin lazim barat daya semasa episode berkenaan.

Patrick Moriarty dan Damon Honnery pada tahun 2008 membuat kajian tentang melihat green iaitu dua major yang mencabar iaitu polusi udara dari ekzos dan perubahan global dari segi gas. Artikel ini menggunakan pendekatan technical solution. Di dalam hasil kajian yang diperolehi adalah membuat rangkuman bahawa finding iaitu technical solution tidak mungkin. Dengan itu harus merubah ke alternatif lain iaitu sistem pengangkutan.

Kajian ini tentang meningkatkan tarikan di dalam sektor akademik, kerajaan dan sektor swasta dan sangat penting adalah untuk megetahui langkah apakah yang perlu dilakukan setiap perbezaan daripada tempat ke tempat. Di dalam artikel ini juga mencari kemunculan dalam bentuk spatial yang dilaksanakan oleh Majlis Bangunan Penghijauan U.S (USGBC). Sebagai contoh di lihat kepada tenaga kerja yang baik iaitu green. (Julie Cidell dan Alexander Beata, 2009)

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang akan dikaji adalah bagaimana pandangan masyarakat bandar dan luar bandar mengenai isu-isu penghijauan (going green) di Malaysia. Dan yang kedua adalah apakah isu-isu penghijauan yang difahami di kalangan masyarakat bandar dan luar bandar di Malaysia.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang dilakukan adalah kaedah kualitatif iaitu temubual secara mendalam (in-depth interviews) Ia juga bersifat Structured Interview yang mana soalan kepada informan telah ditulis dan pertanyaan berbentuk struktur dan teratur. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana menggunakan soalan yang sama dan jawapan yang sama berpandukan soalan-soalan yang berstruktur yang telah diajukan kepada informan-informan.

Menurut (Ratchmat Kriyantono, 2006), temubual mendalam adalah suatu cara mengumpulkan data ke atas informasi dengan cara menatap muka (face to face) dengan informan agar mendapatkan data yang lebih lengkap dan secara mendalam. Temubual ini dilakukan dengan kekerapan tinggi (berulang-ulang) secara intensif. Manakala temubual secara tersturktur (structured interview), pengkaji menggunakan cara temubual (interview guide/schedule), yang merupakan bentuk spesifik dan instruksi mengarahkan pengkaji dalam rangka melakukan temubual. Temubual ini juga dikenali sebagai temubual sistematik. Soalan-soalan yang diajukan kepada informan telah disusun secara teratur.

Pengkaji menggunakan jenis purposive Sampling yang mana informan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang ditetapkan. Informan juga ditentukan berdasarkan latarbelakang yang menetap di bandar dan di luar bandar

Struktur ini urutan dengan objektif dan berpandukan soalan-soalan sebanyak 6 soalan seperti berikut :

  1. Apakah yang anda mengetahui tentang going green ?
  2. Bagaimana tanggapan anda tentang going green ?
  3. Adakah anda pernah mendapatkan pendedahan tentang going green ?
  4. Apakah jenis-jenis going green dalam pendedahan tersebut ?
  5. Apakah going green membawa pengaruh dalam persekitaran ?
  6. Apakah perubahan yang berlaku setelah program going green ?

Kriteria persampelan:-

  1. Diambil dari 4 orang infoman iaitu 2 orang yang menetap di bandar dan 2 orang yang menetap di luar bandar.
  2. Sampel yang menjadi informan kajian adalah berlatarbelakang tahap pendidikan Sarjana Muda . Pengkaji menggunakan jenis purposive Sampling – Dipilih sampel berdasarkan kriteria-kriteria tertentu di atas tujuan kajian.

Perlaksanaan serta Prosedur Kajian Mengikut Kaedah Pilihan.

Bagi kajian ini empat orang informan telah dipilih. Mereka terdiri daripada 2 orang yang menetap di bandar dan 2 orang yang menetap di luar bandar dan berpendidikan Sarjana Muda yang mana terdedah dengan isu-isu penghijauan.

Temubual telah digunakan secara berstruktur dalam masa 2 hari iaitu 2 orang informan dari bandar di kawasan Gombak dan 2 orang dari kawasan luar bandar iaitu di Sabak Bernam, Selangor. Selama setengah jam setiap seorang informan. Temubual tidak menggunakan sebarang rakaman tetapi mencatat berbentuk tulisan informasi daripada informan.

Analisis Data

Dari 4 temubual tersebut, telah diteliti oleh pengkaji dan satu sketma analisis dibentuk berdasarkan mengikut tema objektif seperti berikut :

A. Hasil kajian melihat Informan 1 dan 2 yang menetap di bandar.

  1. Dari segi Pemahaman

Berdasarkan temubual tersebut kedua-dua informan mengetahui dan memahami tentang going green

  1. Dari segi Bentuk Isu Going Green

Berdasarkan temubual tersebut, pada dasarnya kedua-dua informan mengetahui tentang going green dan jenis-jenis going green itu adalah penghijauan pemasaran, persekitaran, kitar semula sampah dan pengurangan asap kenderaan.

  1. Dari segi Penilaian

Berdasarkan temubual tersebut, informan 1 di bandar berpendapat bahawa going green membawa pengaruh dalam persekitaran seperti tempat menjadi bersih, berkurangnya asap kenderaan.

Berdasarkan temubual tersebut, kedua-dua informan di bandar mengetahui bahawa program going green banyak membawa perubahan seperti memberi semangat terhadap alam, menambah keselesaan hidup menjadi sihat dan ceria.

B. Hasil kajian melihat Informan 3 dan 4 di luar bandar.

1. Dari segi Pemahaman

Berdasarkan temubual tersebut, informan luar bandar kurang memahami tentang going green dan beranggapan hanya sedikit informasi mengenainya.

2. Dari segi Bentuk Isu Going Green

Berdasarkan temubual tersebut, informan di luar bandar kurang mengetahui going green dan hanya mendapat pendedahan melalui dari televisyen dan cerita dari orang lain.

Berdasarkan temubual tersebut, informan luar bandar mengetahui jenis-jenis dan mengenai menjaga lingkungan sampah, kempen tutup lampu sejam dan menjaga keseimbangan alam dengan meningkatkan penanaman pokok- pokok hijau.

3. Dari segi Penilaian

Berdasarkan temubual tersebut, informan 3 mengatakan bahawa banyak memberi pengaruh iaitu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya tumbuhan hijau manakala informan 4 kurang mengetahui tentang pengaruh going green terhadap persekitaran tetapi mengetahui bahawa going green itu memberikan manfaat.

Kedua-dua informan mengatakan bahawa going green pasti membawa perubahan seperti mengelak dari banjir, mengurangkan jerebu, mendapatkan udara yang bersih dan menjadikan tempat buangan sampah yang sesuai, mengurangkan panas terik dan menjadikan tanah tidak kering.

Interprestasi Data

Data dihuraikan mengikut 3 tema tersebut iaitu :

Tema satu merujuk kepada informan 1 dan 2 yang menetap di bandar yang mana telah memberikan satu gambaran bahawa mengetahui dan memahami tentang going green. Manakala informan 3 dan 4 yang menetap di luar bandarkurang memahami tentang going green dan beranggapan hanya sedikit informasi mengenainya

Tema kedua merujuk kepada informan 1 dan 2 yang menetap di bandar bahawa kedua-dua informan mengetahui tentang going green dan jenis-jenis going green itu adalah penghijauan pemasaran, persekitaran, kitar semula sampah dan pengurangan asap kenderaan. Manakala informan 3 dan 4 yang menetap di luar bandar kurang mengetahui going green dan hanya mendapat pendedahan melalui dari televisyen dan cerita dari orang lain.

Tema ketiga merujuk kepada informan 1 dan 2 yang menetap di bandar bahawa going green membawa pengaruh dalam persekitaran seperti tempat menjadi bersih, berkurangnya asap kenderaan. Berdasarkan temubual tersebut juga , kedua-dua informan di bandar mengetahui bahawa program going green banyak membawa perubahan seperti memberi semangat terhadap alam, menambah keselesaan hidup menjadi sihat dan ceria. Manakala merujuk kepada informan 3 yang menetap di luar bandar bahawa bahawa banyak memberi pengaruh iaitu memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya tumbuhan hijau manakala informan 4 kurang mengetahui tentang pengaruh going green terhadap persekitaran tetapi mengetahui bahawa going green itu memberikan manfaat. Kedua-dua informan mengatakan bahawa going green pasti membawa perubahan seperti mengelak dari banjir, mengurangkan jerebu, mendapatkan udara yang bersih dan menjadikan tempat buangan sampah yang sesuai, mengurangkan panas terik dan menjadikan tanah tidak kering.

Penutup

Kajian ini di buat berdasarkan untuk mengenalpasti informan mengetahui tahap pemahaman, bentuk atau jenis-jenis going green dan penilaian terhadap isu-isu going green terutamanya di kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya menunjukkan bahawa orang yang menetap di bandar lebih banyak mengetahui tentang isu-isu penghijauan (going green) berbanding orang yang menetap di luar bandar. Ini menunjukkan juga informasi sangat penting dalam menyampaikan mesej sesuatu isu terutamanya isu-isu penghijauan (going green). Isu penghijauan (going green) sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia dan telah banyak program-program tentang penghijauan (going green) telah dilaksanakan tetapi tahap kesedaran masyarakat belum nampak kesan yang mendalam. Isu-isu penghijauan (going green) perlu dihebahkan lagi kepada masyarakat dan menyedarkan apa yang sedang kita hadapi di bumi ini memandangkan kemusnahan itu datang dari manusia itu sendiri.