29 October 2009

Renung-renungkan.....


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
 
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
 

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
 
'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
 
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'

'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
 
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin....

08 October 2009

Cabaran Bencana Alam dan Sikap Muslim Dalam menghadapainya


Majlis Ugama Islam Singapura


Khutbah Jumaat

9 Oktober 2009 / 20 Syawal 1430

Cabaran Bencana Alam Dan Sikap Muslim Dalam Menghadapinya





Maasyiral Muslimin Rahimakumullah,

Marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa dan sentiasa mengerjakan

kebaikan dan amal soleh. Semoga dengannya, kita mendapat kemuliaan dan

kejayaan hakiki, Amin.



Sidang Jumaat Yang Dirahmati,

Islam menyeru kita agar membuka segala pancaindera; penglihatan,

pendengaran dan yang lain, agar kita sentiasa melihat sekeliling dan

memahami alam dan dunia kehidupan kita. Keagungan dan kebesaran alam

ciptaan Allah s.w.t. pasti tampak jelas bagi mereka yang merenunginya.

Di sebalik kehebatan dan keagungan ciptaan Tuhan, tampak kecil dan

kerdilnya kita sebagai manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus

ayat ke 101,

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w), perhatikanlah apa yang

ada di langit dan di bumi (yang membuktikan kekuasaan Allah), dan

tidaklah ia dapat memberi faedah kepada orang-orang yang tidak beriman.

Saudaraku sekalian,

Wujudnya kita tidak dapat dipisahkan dari alam sekeliling. Bahkan,

keadaan kehidupan kita sangat terkait dengan setiap perubahan yang

berlaku padanya. Bayangkan betapa kita perlu menyesuaikan diri apabila

cuaca menjadi semakin panas, atau hujan turun menyebabkan banjir. Lihat

bagaimana kehidupan sesuatu masyarakat berubah dengan dasarnya apabila

paras air laut mula meningkat, seperti yang menjadi keprihatinan di

kepulauan Maldives. Kerana itu, di antara tanggungjawab kita sebagai

Muslim adalah untuk menjaga alam sekitar dengan sebaik-baiknya.

Contohnya, kita dilarang membazir sumber-sumber alam semulajadi, seperti

air, tenaga dan sebagainya. Nabi s.a.w pernah bersabda kepada Saad bin

Abi Waqqas ketika beliau berwudhu' yang bermaksud, "Pembaziran apakah

ini wahai Saad? Lalu beliau bertanya, "Adakah dalam hal berwudhu pun ada

pembaziran? Sabda Nabi s.a.w, "Ya, walaupun kamu berwudhu di tebing

sungai yang mengalir airnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah)



Saudaraku sekalian,

Jika kita memerhatikan dengan insaf, kita akan merasakan bahawa

perubahan pada alam sekitar lebih kerap berlaku dewasa ini. Bahkan,

perubahan ini berlaku dengan kesan yang besar pada kehidupan manusia.

Contohnya, sekarang ini, berlaku lebih banyak gempa bumi, tsunami,

banjir, tanah runtuh, wabak penyakit dan lain lagi. Manusia hilang harta

benda, bahkan tidak kurang yang terkorban dalam peristiwa-peristiwa

sedemikian.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh World Bank Study, bencana alam

telah meningkat kepada 30% semenjak tahun 1990. Peningkatan ini datang

dari bencana yang berkaitan dengan perubahan cuaca. Kita melihat dan

merasakan sendiri bagaimana berlaku gempa bumi.

Bagi orang-orang yang beriman, ia pasti menginsafkan kita. Keimanan kita

mengajar kita bahawa setiap musibah yang berlaku yang bukan dari

perbuatan manusia sendiri sebenarnya adalah dengan ketentuan Allah

s.w.t. Pergerakan plat tektonik yang menyebabkan gempa, pergerakan awan

tebal yang menurunkan hujan yang lebat, perbezaan tekanan (pressure) di

udara yang menyebabkan tiupan ribut taufan, adalah berlaku dengan

kehendak dan izin Allah s.w.t. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah

al-Hadid ayat 22:



Maksudnya: "Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang

ditimpakan dibumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah

sedia ada di dalam kitab kami (pengetahuan kami) sebelum kami

jadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi

Allah".

Begitu juga firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-An'aam ayat ke 17,



Maksudnya: Dan jika Allah menimpakan kamu dengan bahaya bencana, maka

tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia, dan jika

Dia melimpahkan kebaikan, maka Dia-lah Maha Kuasa atas tiap sesuatu.

Saudaraku sekalian,

Namun, mungkin kita bertanya, mengapa ia berlaku di suatu tempat,

menimpa satu masyarakat dan negara, dan bukan orang yang lain? Pastinya,

apa yang berlaku adalah ujian untuk menilai tahap keimanan dan

kesabaran seseorang hamba-Nya. Peristiwa sedemikian juga mengajak kita

bermuhasabah diri untuk melakukan perkara-perkara yang tidak

bertentangan dengan perintah Allah. Mereka yang lalai dan lupa kepada

Allah s.w.t., maka ianya sebagai peringatan serta peluang untuk kembali

bertaubat dan mengukuhkan keimanan. Firman Allah s.w.t, dalam surah

al-Baqarah ayat 214:

Maksudnya: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,

padahal belum sampai kepada kamu ujian dan cubaan seperti yang telah

berlaku kepada orang-orang terdahulu daripada kamu?. Mereka telah

ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta

digoncangkan (oleh ancaman bahaya) sehinggalah berkata rasul dan

orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; "Bilakah datangnya

pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu

dekat".

Saudaraku sekalian,

Musibah sedemikian juga menguji tahap persaudaraan kita. Adakah kita

menyayangi mereka yang terjejas seperti mana kita menyayangi diri kita

sendiri? Adakah kita membantu mereka sedaya upaya kita dan mendoakan

mereka? Di sini peranan usaha-usaha kemanusiaan sangat penting. Sebagai

umat Islam, kita perlu sama-sama menyokong dan mendokong segala usaha

tersebut, demi semangat hubungan kemanusiaan yang baik seperti yang

diajarkan Islam.



Begitu juga, musibah sedemikian mengingatkan kita bahawa kehidupan kita

ini, terutama hari ini, penuh dengan ketidak-tentuan. Apa sahaja boleh

berlaku. Makanya, janganlah kita menangguhkan kebaikan yang ingin kita

lakukan. Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Jika

berlaku hari kiamat dan di tangan kamu ada sebutir benih, maka

taburkanlah benih itu." (Hadis riwayat Imam Ahmad) Begitu juga, dosa,

kesilapan, dan semua perbuatan yang tidak baik, dan masing-masing kita

mengetahuinya, yang ingin kita tinggalkan, maka janganlah kita

berlengah-lengah untuk meninggalkannya.



Lahirkan rasa kasih sayang dan berbaik-baik dengan orang yang kita

sayangi, ahli keluarga, teman dan sebagainya. Ramai kita yang menyesal

tidak sempat berterima kasih, tidak sempat meminta maaf, tidak sempat

mengatakan kasih dan sayang kepada mereka. Kita juga perlu terus berdoa

kepada Allah agar kita sentiasa dipeliharanya dari musibah dan bala'.



Sidang Jumaat sekalian,

Namun, ada bencana yang berpunca dari perbuatan manusia sendiri.

Contohnya, proses industrialisasi menyebabkan pembakaran karbon lantas

menyebabkan kesan "greenhouse" dan menaikkan suhu darjah dunia. Membakar

hutan juga boleh menyebabkan kerosakan pada alam ini. Sikap penggunaan

sumber-sumber alam dengan boros dan berlebihan juga akan menyumbang ke

arah alam yang semakin sakit dan melarat. Firman Allah s.w.t di dalam

surah al-Rum ayat ke 41 yang bermaksud, "Telah timbul kerosakan di darat

dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia."

Oleh itu, sesuai dengan ajaran Islam, kita masih lagi mempunyai

tanggungjawab untuk melakukan yang terbaik. Itulah amanah yang kita

perlu pikul bersama. Bukan sahaja terhadap diri kita dan keluarga,

bahkan kepada alam sekitar yang mana kita menikmati keindahan dan segala

kemudahannya.

Semoga kita menjadi manusia yang bersyukur kepada Allah di atas

nikmat-nikmat ini, lantas menjaga alam ini dengan sebaik-baiknya, sesuai

dengan visi menjadi umat pembawa rahmat buat seluruh alam, Amin.
 
Dikutip dari sumber Islamic-ebook.

01 October 2009

Ustaz Ismail Kamus: (Kesilapan / Ketidak kesempurnaan)

Kesilapan / Ketidak kesempurnaan dalam Ibadat & Amalan

Sejak sekolah rendah hinggalah sekarang, penceramah yg paling diminati dan dikagumi ialah Dato' Ismail Kamus..tak pernah jemu mendengar ceramah beliau..

Berikut adalah bahagian ke-3 himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah2 beliau:

1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak..dengan alasan kita sedang berpuasa..sayang sgt nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh..Sebenarnya, kalau dlm keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan utk kita bukak puasa dan pergi kenduri ersebut..kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat  tersebut…hmmm, bukak puasa pun boleh dapat pahala lebih..takkan tak nak?

2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja..hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya.. tetapi hukum2 yg lain langsung tak mau  ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).

3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar… kadang2 sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah..HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb…buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi sekampung dengar…rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat bala…Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah..tak payah lama2…sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke masjid..Kalau ada AJK masjid yg baca ni, please advise.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba2 hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu..ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti..begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang.. tapi dengan syarat masih di awal waktu lah..

5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram..kadang2 angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak..itu cumalah gangguan syaitan sahaja..memang ada syaitan yg tugasnya khas hanya utk mengacau orang yg sedang bertakbiratul iham sahaja.. pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri…Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca dlm hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja..jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sgt nak dibaca..Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu2 lantas anda turun semula dan takbir utk kali kedua..Takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal..dan jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal..Melainkan anda melakukan takbir kali ketiga.. Jadi kesimpulannya, make yourself firm & confident ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama & jgn peduli dengan bisikan syaitan..

6. Terdapat segelintir imam yg berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan "Hamdan hamidin", "Hamdan zakirin", atau "Hamdan syakirin".. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah…ini  kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut.. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: "Hamdal-hamidin", "Hamdaz-zakirin" dan "Hamdasy-syakirin". (p/s: huruf z adalah huruf zal).

7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua2 tapak tangan, kedua2 lutut dan kedua2 PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja)..yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah..terdapat ramai orang yg kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan.

Ketika sujud..tak sah solat kalau macam tu..lagi satu yg selalu mesti diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap2 dah kakinya disilangkan seperti tak sabar2 hendak duduk tahiyat akhir..itu pun tak sah juga solatnya.. berjaga2. .jangan disebabkan hal yg kita anggap remeh camni menyebabkan solat kita tak diterima oleh Allah..

8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih2 atau juadah2 ke rumah jiran..memang bagus sekali..tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi..itulah silapnya..niat dah lari..Kalau menghantar kuih-muih ke rumah sebelah, niatlah kerana Allah..jangan mengharapkan dibalas..kalau dibalas itu rezeki lah..

9. Apabila kita bersolat di tempat yg limited space tapi ramai orang, contohnya di surau R&R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus aje bangun utk bagi ruang kpd orang lain utk solat..tak payah nak berwirid la, doa panjang2 la, sembahyang sunat ba'diah la, ape la..sebab lebih utama utk kita bagi orang lain peluang utk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkara2 sunat..lebih2 lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek..kat R&R ramai orang camni..

10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita..tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan..contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba2 ada saudara kita yg jatuh sakit memerlukan kos perubatan yg tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu..guna duit tu utk membantu saudara kita..itu yg dituntut dalam Islam..

11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba2 ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu..itu yg lebih utama..contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba'diah, tiba2 ada tetamu datang.. tangguhkan solat ba'diah tu dan pergi layan tetamu dulu..selepas dah selesai baru buat solat ba'diah.. dan jika dah tak sempat, solat ba'diah zohor boleh diqada selepas solat asar.. walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qada solat ba'diah zohor boleh..kerana ini pernah dibuat sendiri oleh nabi..tapi itu pun jika ada hal yg tak dapat dielakkan..kalau saja2 nak qada tak boleh..

Sebagai kesimpulan kepada point2 di atas, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat..utamakan yg lebih utama..jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia2 sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula..

Manusia selalu heboh mencari sesuatu yg bakal ditinggalkan, tak dihebohkan utk menyiapkan sesuatu yg bakal dibawa…..
Renung-renungkanlah...

Hasil nukilan dari Islamic eBook..